Usia makin menginjak 40 tahun, Song Ji Hyo tetap selesa membujang sampai ke hari tua

Song Ji Hyo mendedahkan beliau tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini walaupun usianya makin menginjak usia 40 tahun, dalam satu temuduga diadakan untuk mempromosikan filem ‘Insider’.

“Sudahlah nak menjaga diri sendiri pun susah, apatah lagi orang lain. Buat masa ini, aku lebih selesa dengan rutin harianku. Aku sangat sukanya kecuali ada orang yang boleh mengubah pemikiranku nanti. Malah, aku lebih seronok bersama dengan anjingku ini. Ia kehidupan terbaik bagi seorang wanita,” tegasnya tak kisah bergelar andartu (anak dara tua) walaupun usia makin menghampiri 40-an.

Ditanya kemungkinan untuk bersara daripada Running Man,Song Ji Hyo berkata, “Biasanya aku tak fikir hal-hal sebegini, tetapi bila sudah hampiri 40 tahun ini, aku tak tahu macammana nak luangkan masa lagi. Walaupun ada kemungkinan aku tak bintangi Running Man lagi suatu masa nanti, aku tetap akan bekerja kuat untuk aktiviti-aktiviti lain.”

Song Ji Hyo sedang mempertimbangkan drama terbaru jtbc Did We Love? bersama Song Ho Jun dan Kim Min Joon.

Sumber: news1, wowkeren

loading...