Angkat ucapan pembunuh kejam ‘Jim Jones’ di dalam lirik lagu, Suga BTS dikecam kerana tidak sensitif akan perbuatan jenayah pernah dilakukannya

Berikutan kekangan daripada wabak Vovid-19, Suga melahirkan rasa penghargaannya kerana dapat menyiapkan album solo keduanya sepanjang berkarya sebagai anak seni. Namun, ucapannya itu mendapat kecaman daripada sebilangan netizen, bukan saja kerana ungkapan terima kasih-nya terhadap Covid-19, tetapi juga di atas ‘penghargaan’ secara tak langsung kepada Jim Jones kerana menggunakan sampel ucapan pembunuh kejam beramai-ramai itu di dalam lirik lagu ‘What Do You Think?’.

Jim Jones merupakan pemimpin kultus agama Amerika Syarikat yang dipertanggungjawabkan di atas pembunuhan beramai-ramai pada akhir November 1978. Kejadian itu yang dikenali sebagai ‘Jonestown Massacre’ telah mencatatkan kehilangan nyawa melebihi 900 orang termasuklah kanak-kanak.

Dari pengguna forum reddit sehingga ke twitter, ramai bertindak mengecam keputusan diambil oleh Suga untuk memuatkan sampel ucapan Jim Jones di dalam lirik lagu walaupun mungkin beliau pernah menyedari implikasi buruknya sejak sekian lama lagi setelah dilihat memaparkan sesi produksi lagu tersebut pada sekitar akhir tahun lalu.

Dalam sesi VLive bersama peminat semalam, Suga tampil menjelaskan lagu tersebut merupakan simbolik kemarahan yang ditujukan khas buat pembencinya yang cuba menjatuhkan kerjayanya sebagai anak seni pada masa lalu. Dalam erti kata lain, ianya sekadar luahan seni yang tiada kena-mengena di dalam memperakui perbuatan jenayah Jim Jones. Walaubagaimanapun, netizen terutamanya daripada kalangan mereka di luar Korea, tidak boleh menerima alasan ini atas faktor seni, memandangkan perbuatan jenayah Jim Jones adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh sesama sekali diperakui oleh artis Korea yang menjadi ‘role model’ buat anak-anak muda. Manakala, peminat ARMY pula mempertahankannya kerana ia boleh dianggap sebagai bentuk protes dan kecaman terhadap Jim Jones yang pernah mempunyai sejarah berkelakuan rasis terhadap orang-orang berketurunan Korea.

loading...