Kesan daripada penghargaan yang dibuat kepada peminatnya yang membuat lakaran karikatur Simpson berkenaan dirinya membawa kepada permintaan sangat tinggi terhadap seluar tidur yang dipakainya di dalam gambar yang disertakannya itu sehingga kehabisan stok.
Pada 25 Mei 2020 lalu, Taehyung atau dikenali sebagai telah membuat satu hantaran di twitter, melahirkan rasa penghargaannya terhadap hasil karikatur ARMY dengan kapsyen berbunyi, “Seorang ARMY telah melukis gambar saya” sambil dirinya sedang asyik termenung di depan potret tersebut. Hantaran tersebut telah mendapat kicauan lebih 1 juta kali dengan tanda suka lebih 2 juta di dalam 30 jam saja.
Bagaimanapun, lain hal yang terjadi apabila seluar tidur yang dipertontonkan secara tak sengaja telah mendapat perhatian netizen dan permintaan tinggi di pasaran. Pusat beli-belah atas talian seperti ‘Pinkvilla’ dan ‘RepublicWorld’ mengesahkan baju tidur yang dilambakkan di dalam website mereka telah terjual habis dalam masa 5 minit saja dan telah pun kehabisan stok. Mereka juga sedang dalam proses untuk menambahkan stok baju tersebut daripada vendor-vendor terpilih.
Taehyung bersama dengan rakan-rakan sekumpulan BTS kini sedang di dalam proses untuk menyiapkan album terbaru mereka.