Rayuan untuk dibatalkan atau dikurangkan hukuman penjara dikenakan ke atas Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon kerana kesalahan merogol beramai-ramai, diterima mahkamah hari ini setelah mengambil pertimbangan terhadap kedua-duanya yang telah mencapai persetujuan dengan mangsa-mangsa.
Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon masing-masing dijatuhkan hukuman penjara kepada 6 tahun dan 5 tahun sebelum ini, telah dikurangkan kepada 5 tahun dan 2 tahun 6 bulan. Malah, kedua-duanya juga wajib mejalani rawatan terapi seks selama 80 jam serta ditegah untuk berkerja berhampiran dengan kanak-kanak, remaja dan orang kurang upaya (OKU) selama lima tahun dan tiga tahun masing-masing.Keputusan tersebut disampaikan oleh Mahkamah Rayuan Seoul sebentar tadi.
Jung Joon Young, Choi Jong Hoon, Kwon Huk Jun (abang Yuri SNSD), Momo dan Kimmo disabitkan atas kesalahan merogol beramai-ramai dengan sengaja memabukkan mangsa dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di Hongcheon, Gangwon pada Januari 2016, dan Daegu pada Mac 2016 lalu.
Sumber: chosun ilbo