Dikecam kerana tetap kunjungi kelab ketika Covid-19 melanda, YG memohon maaf bagi pihak Song Mino WINNER

Song Mino daripada WINNER yang dilihat membuat persembahan di sebuah kelab di Gangwon-do, Yangyang, berhadapan dengan kecaman netizen.

Terbaru hari ini, Dispatch melaporkan Song Mino telah mengunjungi sebuah kelab di Yangyang sekitar 3-4 Mei 2020 untuk membuat persembahan lagu solonya, “FIANCE” bersebelahan dengan DJ Box bagi memberikan kejutan kepada hadirin. Menurut Dispatch lagi, kesemua hadirin dilihat tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga tanpa menutup muka dengan hanya membiarkan topeng itu berada di bawah dagu mereka sepanjang memasuki kelab tersebut.

Seorang wakil pengurusan kelab yang dihubungi berkata, “Song Mino datang sekejap saja. Kami tak menjemputnya hanya kerana sekadar membuat persembahan. Lagipun, hari sudah hujung minggu dan pengunjungnya pun sedikit saja. Dan kebanyakannya ialah kenalan-kenalan Song Mino.”

Setelah mendapat kecaman ramai berikutan wujudnya kluster baharu Covid-19 melibatkan pengunjung-pengunjung kelab di Itaewon baru-baru ini, YG tampil membuat permohonan maaf bagi pihak Song Mino dalam satu kenyataan hari ini.

“Ya, Song Mino memang pernah pergi ke kelab tersebut dengan kawan-kawannya. Kami memohon maaf kerana telah membimbangkan orang ramai. Kami akan memastikan artis jagaan kami sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan penjarakan sosial selepas ini.”

Sumber: ytn, dispatch

loading...