Jo Jung Suk, pelakon bukan berkerjaya penyanyi pertama berjaya juarai carta Gaon sejak hampir sedekad lalu

Jo Jung Suk melakar sejarah menjadi pelakon bukan berkerjaya penyanyi pertama menjuarai carta single Gaon sejak hampir sedekad yang lalu, yang mana kali terakhir pernah dilakukan oleh Hyun Bin pada tahun 2011.

‘Aloha’ pernah dinyanyikan oleh kumpulan trio kpop popular, Cool pada tahun 2001 dan dinyanyikan semula oleh Jo Jung Suk untuk salah satu runut lagu yang dimuatkan sebagai OST tvN Hospital Playlist. Lagu ini dinyanyikan ketika sesi karaoke Jo Jung Suk bersama Yoo Yeon Suk, Jung Kyung Ho, Jeon Mi Do dan Kim Dae Myung di dalam episod ke-3.

Namun, pelakon yang tak pernah menetapkan kerjayanya sebagai penyanyi idol sebelum ini dengan hanya berpandukan kepada pengalamannya berlakon di dalam teater muzikal saja, tidak menyangka lagu nyanyiannya itu berjaya mendapat tempat di hati penggemar muzik di Korea walaupun disaingi hebat oleh beberapa lagu kpop seperti Dumhdurum oleh Apink, Chocolate oleh Max Changmin, Oh My God oleh GI-dle dan Any Song oleh Zico.

Sewaktu dikeluarkan sebagai single, lagu ini mendaki perlahan-lahan dan akhirnya menjuarai carta harian Melon pada hari ke-20. Kedudukan tertinggi dicapai menerusi beberapa muzik lain seperti Gennie, menyebabkan lagu ‘Aloha’ tercatat sebagai single paling laris pada minggu ini sekaligus menjuarai carta single Gaon bertarikh 23 April 2020. ‘Aloha’ termaktub di dalam sejarah sebagai single nyanyian pelakon bukan bekerjaya penyanyi pertama pernah berbuat demikian sejak ‘That Man’ nyanyian Hyun Bin untuk drama SBS Secret Garden pada tahun 2011.

Berkongsi berita gembira itu, Jo Jung Suk berkata, “Ia lagu yang saya nyanyikan untuk drama. Saya tak sangka lagu ini boleh disukai ramai. Betul-betul rasa gembira dan syukur sangat.”

 

Episod terbaru drama tvN Hospital Playlist lakonan Jo Jung Suk ini boleh ditonton menerusi Netflix.

Sumber: gaon, donga