‘Kill This Love’ dendangan Blackpink masih berada di dalam carta muzik di Amerika Syarikat walaupun sudah setahun, semakin hampiri rekod 2NE1

Kill This Love, dendangan Blackpink, bukan saja melakar sejarah tontonan tertinggi di Youtube dalam 24 jam sewaktu dilancarkan pertama kali, malah lagu ini tetap malar segar di Amerika Syarikat dengan menjadi satu-satunya lagu kpop perempuan yang mampu mengekalkan tempatnya di dalam carta Billboard World Digital Song Sales selama setahun sejak 2NE1 lakukan sekian lama dahulu.

Kill This Love yang dikeluarkan pada 5 April 2020, kekal di dalam carta muzik berkenaan selama 52 minggu berturut-turut hanya di belakang ‘DDU-DU DDU-DU’ dendangan Blackpink juga dan ‘I am the Best’ dendangan 2NE1 masing-masing dengan perolehan sebanyak 70 minggu dan 120 minggu di dalam carta. ‘Kill This Love’ kini berada di posisi no.19 untuk minggu ke-52 di dalam carta berkenaan.  Carta Billboard World Digital Song Sales ialah carta muzik yang mengukur keupayaan lagu-lagu keluaran luar negara yang berjaya menembusi pasaran muzik di Amerika Syarikat.

Selain mendapat tontonan melebihi 800 juta di Youtube, Kill This Love turut mendapat penstriman tertinggi melebihi 300 juta di Spotify, menjadi satu-satunya kumpulan kpop perempuan yang berjaya berbuat demikian. Ia tak termasuk rekod yang pernah dibuat menerusi single yang melakarkan nama mereka di seluruh dunia iaitu ‘DDU-DU DDU-DU’.

Menurut Forbes, seperti dipetik di dalam artikelnya, ” Tiada sesiapa dapat menjangka berapa lama lagi ‘Kill This Love mampu bertahan…Blackpink sudah tercatat sebagai antara kumpulan kpop perempuan paling berjaya di serata dunia sepanjang zaman.”

Blackpink kini sedang dalam persiapan untuk mengeluarkan album penuh terbaru. Dengan penghasilan album studio terbaru ini, pemerhati menjangkakan Blackpink bakal menjadi kumpulan kpop perempuan pertama yang mampu memecahkan rekod di dalam carta single Billboard Hot 100 dan carta album Billboard 200 secara serentak, seperti pernah dilakukan oleh kumpulan kpop BTS.

Sumber: newsis, forbes

loading...