Jeon Somi tayang tubuh bersasa menggiurkan hasil gigih bersenam ‘pilates’ tiap-tiap hari

Jeon Somi, bekas ahli kumpulan kpop popular I.O.I yang kini lebih selesa menjadi artis solo, boleh berbangga dengan senaman yang dilakukannya dengan penuh gigih apabila tubuhnya kini sudah bersasa.

Dalam satu gambar yang dimuatnaik oleh Jeon Somi menerusi instagram-nya, Jeon So Mi dilihat berbaring di atas tilam dikhaskan untuk senaman pilates. Kapsyen gambar berbunyi, “Sentiasa kekal sihat (STAY HEALTHY).”

Jeon Somi pernah menggemparkan media dengan videonya sedang memandu Lamborghini yang mana dia menafikan bahawa dia pemilik kenderaan mewah tersebut. Penyanyi berdarah kacukan Belanda ini sedang aktif mengemudi rancangan realiti terbitannya, ‘I AM So-mi’ dan kali terakhir dilihat mengeluarkan single solo adalah pada tahun 2019 menerusi lagu ‘Birthday’.

Sumber: instagram Jeon Somi

loading...