8 buah sajian drama Korea terbaru sepanjang April ini untuk tontonan anda!

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Gais, April 2020 is on your way and korang mesti alert dengan situasi sekarang kan. So, gais patuhi arahan Restriction Movement Order (RMO) sehingga 14 April dan Stay At Home selagi wabak COVID-19 ni belum reda sepenuhnya. Jangan keluar rumah kalau tiada kepentingan, just stay at home dan duduk rumah diam-diam. Why not korang isi masa korang dengan marathon kdrama kegemaran korang kan. Kalau terpaksa keluar juga, make sure wear mask, bring your hand sanitizer, wear glove (if needed), and jaga jarak korang. Kalau korang ada simptom-simptom COVID-19, segera ke hospital gais, jangan berlengah. AND please, buang jauh-jauh sifat PANIC buying korang sebab bekalan kat Malaysia ni mencukupi ye. Please, please jaga diri korang and follow arahan dari pihak berkuasa. To all frontliners, KMania sanjung tinggi pengorbanan korang dan korang memang hero semua. Hopefully, keadaan akan beransur pulih.

Baiklah, penulis tetap setia sediakan list drama Korea terbaru dengan pelbagai seleksi dan genre untuk korang. Mungkin boleh lagi menambah bucket list yang sedia ada. Well, ada 8 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Mac ini. Banyaknya gaiss!! So, let’s check it out the list.

1. Further Investigation (OCN)

OCN Further Investigation berkisarkan tentang seorang detektif polis bernama Jin Kang Ho daripada unit siasatan jenayah berat yang tidak sesekali akan berputus atas sehingga dia mampu menyelesaikan kes jenayah tersebut. Jin Kang Ho berganding bahu dengan pihak produksi tv yang mana rancangannya hanya sekadar meraih ‘rating’ yang rendah, bagi menyelesaikan beberapa kes jenayah dingin. Jin Kang Ho akan bertindak sebagai ‘profiler’ di samping pemilik bar dan pengarah majlis pengkebumian yang dahulunya masing-masing bekas penyangak dan doktor forensik NIS.

Manakala, Lee Sun Bin pula akan memainkan watak Kang Moo Young, producer rancangan tersebut. Kang Moo Hyung mempunyai misi yang sangat berat bagi menaikkan rating rancangan kendaliannya ke paras melebihi 5 peratus dan sanggup membuat apa saja seperti pengintipan dawai (“wiretapping”) bagi menjayakan misinya itu.

Pengarah Lee Yoo Jin daripada layar perak akan berganding bahu dengan penulis skrip, Lee Yoo Jin (OCN Missing) bagi memacu drama ini. Ia dijangka ditayangkan sebelum pertengahan tahun 2020 hadapan.

2. How to Buy a Friend / Contract Friendship – (KBS) [DRAMA PENDEK]

Drama ini diadaptasi dari sebuah webtoon dengan nama yang sama, “How to Buy a Friend” nukilan Kwon Laad yang bertemakan keremajaan dan persahabatan. Ia mengisahkan tentang Chan Hong dan Don Hyuk, dua orang pelajar sekolah menengah tinggi yang mempunyai kehidupan berbeza sama sekali. Manakala seorang pelajar sekolah menegah biasa, Chan Hong menulis sebuah sajak yang akhirnya membawa kepada “contract friendship” dengan Don Hyuk, fighter terbaik di sekolah tersebut.

Lee Shin Young akan membawa watak utama sebagai Park Chan Hong. Dia mempunyai penampilan bersamaan rakyat Korea biasa namun kehadirannya kurang membawa impak sehingga diberi nama samaran Ninja, Dia akhirnya menulis puisi setelah berdepan situasi yang tidak terjangka sehingga menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Shin Seung Ho pula akan membawakan watak Heo Don Hyuk, individu yang bertentangan dengan Park Chan Hong dan disifatkan oleh para pelajar lain di sekolahnya sebagai fighter legenda. Setelah bertukar ke sekolah tinggi yang sama dengan Park Chan Hong, dia mendapati bahawa puisi nukilan Park Chan Hong mengandungi rahsia penting dan mencadangkan mereka membuat satu perjanjian.

Kim So Hye, akan memegang watak Uhm Se Yoon, seorang gadis popular di sekolah dan merupakan cinta pertama Park Chan Hong. Uhn Se Yoon merupakan pelajar cemerlang, berpenampilan menarik dan popular dikalangan pelajar lelaki namun hatinya masih belum terbuka kepada sesiapa pun.

“How To Buy A Friend” mendapat khidmat Yoo Young Eun yang pernah mengarahkan drama “Manhole” dan “Queen of Mystery” sebelum ini. Manakala skripnya akan dihasilkan oleh penulis baru Kim Joo Man. Drama ini akan disiarkan menerusi rangkaian KBS mulai 6 April depan bagi mengisi slot tayangan Isnin-Selasa.

3. The King: The Monarch of Eternity (SBS)

“The King : Monarch of Eternity” ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan.

Lee Min Ho memegang watak sebagai maharaja Yigon yang menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu. Dunia dimensi tersebut dikatakan lebih indah berbanding dunia sebenar yang dialaminya. Kim Go Eun pula  akan memegang watak bernama Luna yang mempunyai identiti berbeza dari dua dimensi yang berlainan manakala Woo Do Hwan membawa watak Jo Eun Seob yang menjadi misteri setakat ini.  Luna digambarkan sebagai seorang penjenayah di dalam dunia monarki yang asal yang mungkin tidak disukai oleh Yigon. Adakah Yigon akan menemui Luna yang lain di dalam dimensi yang baru itu ? Sama-sama kita saksikan.

“The King : Monarch of Eternity” bakal diarahkan oleh Bae Sang Hoon, pengarah kedua KBS Descendants of The Sun,dan juga pengarah KBS Moonlight Drawn by Clouds setelah tiga kali berturut-turut bekerjasama dengan PD Lee Eun Book sebelum ini. Untuk pengetahuan, pihak produksi SBS juga telah berkenan untuk membeli hak penyiaran drama nukilan terbaru Kim Eun Sook ini. 

Drama ini akan menggantikan slot drama Jumaat-Sabtu dirangkaian SBS selepas drama “Hyena” berakhir mulai 17 April depan. Disebabkan faktor Lee Min Ho yang paling dinantikan oleh peminatnya selepas tamat khidmat tentera,drama ini akan disiarkan di Netflix. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

4. The Most Beautiful Moment in Life / When My Love Blooms (tvN)

“The Most Beautiful Moment in Life” mulmerupakan drama yang bertemakan melodrama romantis. Ia menceritakan kisah cinta Han Jae Hyun dan Yoon Ji Soo yang menjadi kekasih pertama bagi keduanya di mana mereka bertemu semula pada umur 40an. Mereka mula menjadi pasangan kekasih sejak di zaman kolej dan akhirnya bertemu semula setelah sekian lama.

Lee Bo Young akan melakonkan watak sebagai Yoo Ji Soo, seorang ibu tunggal yang bergelut dengan hidupnya sendiri selepas kehilangan keluarga akibat kemalangan yang berlaku pada masa lalu meskipun status beliau yang merupakan golongan elit daripada kalangan keluarga pendakwaraya. Yoo Ji Tae pula akan membawa watak sebagai Han Jae Hyun, usahawan yang pernah terbabit dalam demonstrasi awam dan aktivis tegar ketika muda, tetapi telah berubah seratus-peratus hidupnya sejak membiarkan dirinya dipengaruhi dengan kekayaan dan kemasyhuran.

Manakala, Jeon So Nee pula akan membawakan watak Yoon Ji Soo, seorang bekas graduan muzik dalam pengkhususan piano tetapi terpalit dengan cinta empat segi melibatkan dirinya, Yoo Ji Soo dan isteri kepada Han Jae Hyun sejak kagum menyaksikan Han Jae Hyun aktif sebagai aktivis tegar ketika usianya masih mentah lagi. Park Si Yeon pula akan menjadi Jang Seo Kyung, yakni isteri kepada Han Jae Hyun yang merupakan chaebol kepada syarikat terbesar JS Company. Jang Seo Kyung hanya mencintai Han Jae Hyun sepenuh hati dan berasa tidak keruan apabila menyedari suaminya telah mencintai seseorang secara diam-diam. Dan akhir sekali, Byung Hun pula melakonkan watak Young Woo, yakni junior kepada Yoo Ji Soo dan berkenan untuk menjadikannya sebagai suri hati setelah jatuh cinta pandang pertama terhadapnya.

Pengarah yang selama ini bekerja di bawah cenel SBS, Son Jung-hyun (“SBS Shall We Kiss First?”,”SBS Protect The Boss”) akan memacu tugas sebagai sutradara drama ini sambil dibantu oleh penulis skrip ‘rookie’, Jeon Hee Young. tvN “The Most Beautiful Moment in Life” akan disiarkan mulai 18 April, bagi mengisi slot drama hujung minggu tayangannya menjelang 18 April 2020.

5. Born Again (KBS)

“Born Again” adalah sebuah karya bertemakan melodrama dan misteri tentang dua lelaki dan seorang wanita yang mana nasib mereka saling berkaitan melalui satu kejadian dramatik pada tahun 1980-an. Mereka dilahirkan semula dikehidupan yang baru pada tahun 2020 dengan peribadi yang berbeza namun takdir hidup mereka tetap sama.

Jang Ki Yong akan membawakan watak sebagai pembunuh bersiri, Gong Ji Chul pada tahun 1986 yang enggan berkongsi takdir seperti ayahnya yang jahat. Pada tahun 2020, Gong Ji Chul dilahirkan semula sebagai Chun Jong Bum, seorang pelajar perubatan yang cemerlang. Jang Ki Yong pula kembali membintangi drama selepas berakhirnya drama “Search : WWW” pada tahun lepas.

Lee Soo Hyuk pula akan memainkan watak detektif, Cha Hyun Bin yang tulus hatinya pada tahun 1986. Pada tahun 2020, dia dilahirkan semula sebagai Kim Soo Hyuk, seorang pendakwaraya yang hanya mempercayai bukti berdasarkan DNA sahaja. Ini merupakan kemunculan semula Lee Soo Hyuk ke dunia drama dalam tempoh tiga tahun setelah menamatkan khidmat tenteranya pada 2019.

Jin Se Yeon akan membawakan watak Jung Ha Eun, hidup pada tahun 1980-an dan merupakan pemilik kedai buku secondhand dinamakan “Old Future”. Pada tahun 2020, wataknya bertukar menjadi Jung Sa Bin, seorang ahli arkeologi tulang yang bersungguh untuk mencari kebenaran disebalik yang berlaku. Walaupun kedua-dua watak mempunyai personaliti yang berbeza, namun hakikatnya mereka berdua mempunyai hati murni yang sama biarpun dimasa yang berbeza. Jin Se Yeon pula kini sedang membintangi “Selection: The War Between Women” disamping Kim Min Kyu yang ditayangkan di TV Chosun.

“Born Again” akan digarap oleh sutradara Jin Hyung Wook (“Liver or Die”) serta skripnya dihasilkan oleh Jung Soo Mi. Drama ini akan ditayangkan pada April 2020 depan dirangkaian KBS.

6. Good Casting (SBS)

 

“Good Casting” merupakan drama yang bertemakan komedi aksi dan menceritakan tentang seorang wanita yang ditugaskan untuk membongkar kebenaran disebalik aktiviti kebocoran maklumat yang melibatkan syarikat besar dengan menyamar sebagai agen.

Baek Chan Mi (lakonan Choi Kang Hee) merupakan seorang lagenda black agent untuk NIS, tetapi disebabkan kerja yang berlebihan, anak buahnya mati dan dia gagal untuk menangkap target. Oleh itu, Baek Chan Mi berdepan dengan hukuman dan dipindahkan kepada bahagian keselamatan siber NIS dan telah terpilih untuk menyertai aktiviti penyamaran berhubung kes yang melibatkan kecurian harta intelek di syarikat terbesar Korea. Terdahulu, Baek Chan Mi yang juga dikenali dengan nama samaran Baek Jang Mi dan sangat mahir tetapi mempunyai personaliti yang mengerikan. Biarpun pernah menjadi ketua pasukan termuda, namun juniornya seringkali elak untuk bertemu dengannya.

Choi Gang Hee akan dibantu oleh Yoo In Young yang akan membawakan watak sebagai Im Ye Eun. Im Ye Eun adalah seorang ibu tunggal yang pintar namun berdepan masalah koordinasi ketika berjuang dalam menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Dia seringkali mengimpikan untuk menjadi ejen NIS, disamping membahagikan masa sebaiknya antara kerja dan membesarkan anaknya.

Yoon Seok Ho (Lee Sang Yeob) pula adalah seorang CEO yang mempunyai latarbelakang yang baik dan sangat cemerlang dalam pendidikannya. Sungguhpun begitu, dek terlalu sibuk bekerja dari usia muda dan biarpun punya pelbagai keistimewaan, Yoon Seok Hoo tidak bernasib baik dalam percintaan percintaan. Namun selepas bertemu dengan agen rahsia Baek Jang Mi, dia merasakan agen tersebut iras Baek Chang Mi, cinta remajanya. Sejak itu, Yoon Seok Ho merasa curiga dan terus mengawasi pergerakkan Baek Chan Mi.

Turut sama menyertai “Good Casting” adalah Kim Ji Young akan membawakan watak Hwang Mi Soon, yang akan menyertai Baek Chan Mi sebagai ejen rahsia. Hwang Mi Soon merupakan bekas black agent yang kini menjadikan ianya sebagai kerja sampingan serta merupakan seorang ibu.

Lee Jong Hyuk akan membawakan watak  Dong Kwan Soo, seorang ketua pasukan pasukan keselamatan industri di National Intelligence Service (NIS). Beliau seorang yang tegas dan merupakan salah satu pemimpin pasukan yang paling lama berkhidmat di NIS, serta bertanggungjawab dalam merekrut tiga wanita.

Jun U-KISS (Lee Jun Young) pula akan melakonkan watak sebagai Kang Woo Won, selebriti yang menjadi bintang terkenal selepas drama lakonannya popular dan jadi kegilaan ramai. Wataknya akan ada hubungkait dengan watak Yoo In Young.

Drama ini akan digarap oleh Choi Hyeong Hun yang pernah menjadi sutradara drama siri SBS “High Society” dan skripnya dihasilkan oleh penulis Park Ji Ha. “Good Casting” akan mula ditayangkan pada 21 April depan bagi menggantikan “Nobody Knows”.  Berkemungkinan ianya akan disiarkan di ONE HD Ch 393, mulai 22 April bagi mengisi slot drama Selasa-Rabu jam 8.10 malam selepas drama “Nobody Knows” berakhir.

7. MODEL DETECTIVE (JTBC)

“Model Detective” adalah sebuah drama bertemakan penyiasatan jenayah mengenai seorang seorang detektif yang tidak pernah menyerah kalah dalam mendedahkan kebenaran yang menyakitkan. Drama ini juga akan menggambarkan dunia sebenar detektif yang ingin menangkap penjenayah sehingga ke akhirnya.

Son Hyun Joo akan membawakan watak Gang Do Chang, detektif yang telah berkhidmat selama 18 tahun dan seorang yang sangat tegas, serta sangat setia kepada pasukan penyiasatnya. Kaedah penyiasatannya lebih berdasarkan kepada pengalaman  dan hubungan peribadi daripada penyiasatan sainstifik atau hujah yang baik. Son Hyun Joo memberikan impak yang kuat disetiap produksi dengan kemahiran lakonan hebat aktor veteran itu, jadi penonton mengharapkan untuk menonton transformasi yang bakal dilakukannya dalam “Model Detective.”

Jang Seung Jo pula melakonkan watak sebagai Oh Ji Hyuk, penyiasat elite selama 9 tahun yang sukar untuk berkongsi tentang perasaanya berikutan kesakitan yang pernah dialami ketika muda.  Dia tidak mudah dibeli dengan wang dan kuasa biarpun mewarisi kekayaan daripada pakciknya. Jang Seung Jo dijangka mendapat perhatian ramai kerana mereka ingin mengetahui bagaimana dia akan membawakan watak Oh Ji Hyuk yang penuh semangat dan mendalam.

Lee Elijah akan mengambil peranan sebagai Jin Seo Kyung, seorang wartawan di Jeonghan Daily selama 5 tahun, dan merupakan salah satu daripada empat akbar harian utama di wilayah Gyeonggi.  Dia sering disalah anggap dek kerana personalitinya yang penuh semangat tetapi dia dengan tegas  tetapi dia tegas mengeluarkan idea-ideanya tanpa sebarang tekanan luar.

“Model Detective” bakal diarahkan oleh Joo Nam Kok (“Empire of Gold”,”Fantastic”) dan skripnya akan dihasilkan oleh penulis yang pernah bekerja bersama menghasilkan drama “Untouchable”, Choi Jin Won (“The Man in the Mask”, “Big”). Drama ini akan disiarkan menerusi rangkaian JTBC dan Netflix mulai 27 April depan bagi menggantikan drama “When the Weather is Fine”.

8. Human Lessons / Extracurricular (Netflix)

“Human Lessons” / “Extracurricular” adalah siri asal Netflix mengenai sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang melakukan jenayah untuk mendapatkan wang dan bahaya yang perlu mereka hadapi sebagai akibatnya. Mereka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan kenalan yang secara tidak sengaja terlibat dalam situasi tersebut. Drama ini akan mempamerkan persahabatan, jenayah juvana serta keremajaan.

Kim Dong Hee akan memainkan peranan Ji Soo, seorang pelajar sekolah menengah yang membuat keputusan yang buruk untuk mendapatkan wang bagu membiayai tuisyen kolej. Jung Da Bin pula membawakan watak Min Hee, rakan sekelas Ji Soo yang terlibat dalam perbuatan jenayah yang sama.

Manakala Park Joo Hyun akan mengambil peranan Gyu Ri, yang secara tidak sengaja mengetahui tentang aktiviti jahat Ji Soo dan menyertainya. Nam Yoon Soo pula membawakan watak sebagai teman lelaki Min Hee, iaitu Gi Tae.

Choi Min Soo akan membawakan watak sebagai Wang Chul iaitu pembantu rahsia kepada Ji Soo. Manakala Park Hyuk Kwon akan menjadi guru kelas Ji Soo, iaitu Jin Woo. Kim Yeo Jin akan membawakan watak seorang pegawai polis bahagian Hal Ehwal Wanita dan Juvana, Hae Kyung.

Drama ini dihasilkan oleh penulis skrip rookie Jin Han Sae, “Human Lessons” akan diarahkan oleh Kim Jin Min daripada “Lawless Lawyer,” “ime Between Dog and Wolf,” dan “Marriage Contract.” Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif melalui Netflix pada 29 April depan.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys and please take care. We love you guys!