Lee Min Jung jadi isteri Lee Sang Yeob dan berganding dengan Oh Yoon Ah dalam drama terbaru KBS

Pelakon Lee Min Jung, Lee Sang Yeob, Oh Yoon Ah, Oh Dae Hwan, Lee Cho Hee, dan Im Jung Eun telah bersetuju untuk membintangi drana terbaru KBS bertajuk “I’ve Returned After One Marriage” (tajuk kerja).

Drama ini berkisarkan tentang kisah penceraian keluarga Song yang berakhir dengan penemuan percintaan dan kasih sayang keluarga. Keluarga Song terdiri daripada si ayah yang kedekut, ibu yang comel tapi materialistik, dan empat orang anak dewasa yang masing-masing ada masalah sendiri serta masalah keluarga. Tajuk drama ini “I’ve Returned After One Marriage” dalam bahasa Korea yang diterjemahkan bermaksud “Saya pergi ke sana sekali dan kembali” di mana ia merupakan perumpamaan lain kepada penceraian di Korea.

Terdahulu dua orang kawan baik ini, Lee Min Jung dan Oh Yoon Ah telahpun berdiskusi untuk menyertai drama ini dan kini keduanya telah menyatakan persetujuan untuk membawakan watak sebagai adik-beradik. Oh Yoon Ah akan membawa watak Song Ga Hee, bekas peramugari yang cantik di mana dia kembali ke kediaman keluarganya bersama seorang anak lelaki selepas bercerai. Manakala Lee Min Jung pula melakonkan watak sebagai Song Na Hee, adik kepada Song Ga Hee, seorang yang pintar dan bercita-cita tinggi. Song Na Hee merupakan bakal pakar pediatrik yang sentiasa berada dikedudukan teratas dikelasnya. Dia juga menyayangi dirinya sendiri melebihi dari dia menyayangi orang lain.

Lee Sang Yeob, bersetuju untuk membawakan peranan Yoon Kyu Jin, suami kepada Song Na Hee dan merupakan seorang doktor perubatan dalaman di sebuah hospital pediatrik. Yoon Kyu Jin digambarkan seorang lelaki yang mempunyai rupa yang menawan, baik hati serta pandai berjenaka dan popular dikalangan rakan sekerja dan para pesakitnya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang baik, tapi pernah sekali terjadi perkara yang paling berbahaya dalam hidupnya.

Yoon Kyu Jin dan Song Na Hee mula bertemu ketika di sekolah perubatan sebelum bertemu janji dan akhirnya berkahwin. Mereka kemudian bertugas di hospital yang sama.

Oh Dae Hwan pula akan membawakan watak  Song Joon Sun, abang sulung kepada Song Ga Hee dan Song Na Hee. Dia diibaratkan sebagai “stuntman kebal” dimana isterinya Sung Hyun Kyung (lakonan Im Jung Eun) menceraikannya kerana Song Joon Sun punya hutang yang banyak berbanding kesetiaannya. Song Joon Sun seorang lelaki yang positif dengan pesona yang menarik namun realitinya hambar.

Lee Cho Hee membawakan watak adik bongsu dalam keluarga Song, Song Dae Hee. Walaupun, dia seorang anak yang baik, namun dia punya kekurangan dari segi kekuatan fizikal, kecantikan dan kecerdasan berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam pada itu, Im Jung Eun akan bertukar menjadi Sung Hyun Kyung, bekas isteri Song Joon Sun. Setelah bercerai, dia membesarkan anak-anaknya sambil bekerja sebagai guru penulisan esei dalam menyara kehidupannya.

“I’ve Returned After One Marriage” akan diarahkan oleh by Lee Jae Sang, yang sebelum ini telah menggarap drama “Father is Strange,” dan skripnya ditulis oleh Yang Hee Seung, yang sebelumnya menghasilkan naskhah untuk drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo,” “Oh My Ghostess,” dan “Familiar Wife.” Drama ini dijangka akan disiarkan sekitar Mac depan selepas berakhirnya tayangan “Beautiful Love Wonderful Life.”

Sumber : Xportnews | chosun

loading...