Penyanyi kpop ATONE berjaya selamatkan seorang gadis daripada cubaan dirogol

Penyanyi kpop yang baru hendak dikenali, ATONE atau nama sebenarnya Im Ji Hyun, telah berjaya menyelamatkan seorang gadis daripada cubaan dirogol dalam satu kejadian yang berlaku berlaku di daerah Mapo, Seoul.

Pada waktu pagi 30 November 2019 seperti dilaporkan oleh Channel A, ATONE bergegas ke tempat kejadian sebaik saja mendengar jeritan kuat oleh seorang gadis yang berada berhampiran dengannya.  Pergelutan berlaku menyebabkan suspek sempat menghadiahkan tumbukan kepada ATONE sebelum dia cuba untuk meloloskan diri. Bagaimanapun, ketibaan beberapa orang yang lalu-lalang di jalan tersebut membantu ATONE menundukkan suspek berkenaan tanpa dia mampu bertindakbalas lagi sehingga polis sampai untuk menahannya bagi siasatan lanjut.

ATONE yang dihubungi berkata, “Pada masa itu, saya tak boleh gunakan kekerasan langsung tetapi saya mesti menghalang lelaki ini. Jadi, saya pegang bajunya kuat-kuat dan tidak semena-mena berjaya menjatuhkannya.”

Berdasarkan petikan laporan Channel A itu, difahamkan suspek ialah warganegara Amerika Syarikat yang mengajar bahasa Inggeris berhampiran. Suspek yang juga dikatakan berada dalam mabuk sehingga menyebabkannya bertindak secara agresif terhadap mangsa, sedang disiasat atas tuduhan merogol.

Secara kebetulan, ATONE baru saja melancarkan album mini pertamanya, ‘Ballade’ pada hari kelmarin, 28 November 2019 serentak dengan single terbaru, ‘Ballade’. Sebelum ‘debut’ sebagai penyanyi kpop, beliau banyak membuat ‘cover’ lagu-lagu popular Korea di laman youtube-nya.

Sumber: Channel A

loading...