Netizen tak berpuas hati menyangka X1 & IZ*One ditegah daripada menghadiri Anugerah MAMA 2019

Berikutan pengumuman oleh pihak penganjur Mnet tentang ketidakhadiran X1 dan IZ*One untuk majlis Anugerah MAMA 2019 yang akan berlangsung  pada 4 Disember depan, netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati menyangkakan X1 & IZ*One telah ditegah daripada menghadiri majlis anugerah tersebut gara-gara kes manipulasi undian yang masih dalam perbicaraan di dalam mahkamah.

Walaupun tidak menyatakan punca, Mnet membuat pengumuman rasmi tersebut selepas ura-ura mengatakan X1 dan IZ*One akan membuat persembahan atau sekurang-kurangnya menghadirinya berikutan nama mereka telah pun tercalon di dalam beberapa anugerah penting termasuklah Artist of The Year (daesang), Album of The Year (daesang), Rookie of The Year dan juga Best Female Group. X1 mencacat rekod kumpulan ketiga meraih jualan album tertinggi untuk tahun 2019 dengan lebih 620,000 unit hanya di belakang BTS dan Seventeen.

Kata-kata semangat dan kritikan dapat dilihat di laman media sosial bagi menyatakan rasa tak berpuas hati tersebut di atas diskriminasi dikenakan ke atas kedua-dua kumpulan tersebut memandangkan mereka tidak patut dipersalahkan di atas percaturan dilakukan oleh pihak luar.

Sumber: heraldpop

loading...