[Eksklusif] Pra-temubual bersama kumpulan baru K-Pop, OnlyOneOf sempena ‘Hit The Line Tour’ in Malaysia

Pastinya ramai yang akan bertanya siapa gerangan OnlyOneOf itu? OnlyOneOf merupakan sebuah kumpulan K-Pop yang pertama di bawah naungan 8D Creative dan RSVP. Agensi ini juga turut dinaungi oleh Kang Hye Won dari kumpulan IZ*ONE.

Kumpulan ini dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu Love, Nine, Yoojung, KB, Mill, Rie dan Junji. OnlyOneOf baru saja debut secara rasmi pada 28 Mei 2019 menerusi mini album berjudul Dot Point Jump yang memuatkan enam buah laguBagaimanapun, pada 30 Oktober yang lepas, OnlyOneOf telah buat kemunculan semula dengan mini album ke-2 berjudul Line Sun Goodness yang turut mengandungi enam buah lagu iaitu “sage”, “time machine”, “bOss”, “desert”, “heartbreak terminal”, dan “OnlyOneOf me.”

Mereka dikatakan berjaya mencuri perhatian ramai kerana konsep mereka yang unik, penampilan yang menarik serta berkarisma.

Love
Nine
YooJung
KB
Mill
Rie
Junji

OnlyOneOf akan berkunjung ke Malaysia November ini sempena OnlyOneOf ‘Hit The Line Tour’ in Malaysia pada 22 – 24 November 2019 yang di bawakan oleh Yi Pin Studio. KMania telah diberikan kesempatan untuk bertanyakan 15 soalan kepada kumpulan ini. Jom ikuti pra-temuramah kami bersama OnlyOneOf :

(1) KMania  : Bagi mereka yang belum pernah mendengar tentang OnlyOneOf sebelum ini, lagu mana yang anda cadangkan kepada mereka untuk didengar?

OOO : Ada tiga buah track lagu yang kami cadangkan iaitu “OnlyOneOf yOu,” “picassO,” dan “fragile.” 

(2) KMania :  Apakah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan OnlyOneOf?

OOO :   Irreplaceable – (Tidak boleh diganti)

(3) KMania :  Apa satu-satunya perkara yang anda paling ingin dicapai dalam karier anda sebagai penyanyi?

OOO : Berkoloborasi bersama dengan Khalid (Khalid Donnel Robinson, Penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat) 

(4) KMania : Legasi yang sebagaimana ingin anda tinggalkan dan anda ingin dikenang sebagai apa suatu masa nanti? 

 

OOO : Kami ingin dikenang sebagai satu kumpulan yang telah bekerja keras untuk menjadi seorang manusia dan artis yang lebih baik. Kami menghasilkan muzik sendiri sebagai medium untuk meluahkan perasaan serta menceritakan kisah kami. Kami juga berharap agar peminat dapat menghubungkaitkan semuanya dan nikmati hasil kerja kami untuk jangka masa yang panjang. 

 

(5) KMania :  Ssiapakah yang memberikan inspirasi kepada anda?

OOO : Kami sentiasa berusaha untuk memperluaskan pengetahuan muzik kami untuk menjadi penghibur dan komposer yang lebih baik, jadi kami seringkali mendapat insipirasi dari pemuzik lain sepanjang masa. Baru-baru ini, kami menyaksikan wawancara Billie Eilish (Penyanyi dan penulis lagu dari Amerika) dan kami sangat kagum dengannya. Dia membuat kami berfikir tentang muzik bagaimana yang kami mahukan di masa depan. Kami juga turut menyaksikan temubual dengan rapper Korea, Leellamarz dan kami begitu diinspirasi oleh kecintaan serta semangatnya yang membara  terhadap penghasilan kerja-kerjanya.  

(6) KMania :  Apakah maksud hari biasa untuk anda?

OOO : Selalunya, setiap dari kami akan fokus untuk memperbaiki kepakaran masing-masing. Nine, KB dan Love akan ke studio untuk menghasilkan lagu. Yoojung, Junji dan Rie akan berlatih menari manakala Mill pula berlatih untuk rap. Kemudian kami semua akan berkumpul bersama untuk berlatih menari dan mengukuhkan lagi prestasi kumpulan kami.

(7) KMania :  Adakah terdapat makna tersembunyi dalam mana-mana muzik dan nama kumpulan anda?

OOO : Oh, ada! Kami sentiasa cuba untuk bercerita dengan muzik kami dan memberikan gambaran yang menggembirakan tentang masa depan OnlyOneOf. Video muzik dan lirik kami pula mengandungi petunjuk tentang apa yang akan berlaku kepada kami. 

(8) KMania :  Artis mana yang ingin anda koloborasi (tempatan dan antarabangsa) ?

OOO : Kami sangat menyukai artis Korea seperti Heize dan Dean! Artis antarabangsa kegemaran kami sekarang ialah Khalid.

(9) KMania :  Adakah anda pernah berhadapan dengan performance anxiety (keresahan persembahan)?

OOO : Kami tidak berdepan dengan gugup di atas pentas namun ada sesetengah dari kami berasa resah serta berdebar sebelum melakukan persembahan. Kami telah melaburkan masa yang tidak terkira dan semangat kami yang sentiasa berkobar-kobar semasa bersiap-sedia, jadi kami selalu mahu menunjukkan sesuatu yang positif. Bagi menenangkan setiap ahli dalam kumpulan kami, kami akan berikan masing-masing tamparan ringan dilengan ataupun dibelakang dan sebelum kami naik ke pentas kami acapkali ucapkan, “kami boleh lakukannya!”

(10) KMania :  Apakah momen-momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang kalian bersiap sedia untuk debut? 

OOO : Sepanjang saat itu ia penuh dengan pelbagai kenangan dan emosi. Kami berterima kasih kerana dapat berkongsi keghairahan kami terhadap dunia hiburan ini kepada dunia. Ada satu kenangan yang betul-betul menyentuh jiwa. Selepas persembahan debut kami dan apabila kami ke belakang pentas, kami rasa sungguh terharu dengan sokongan yang kami terima. Kami mula menangis dan memeluk setiap kami. Kami tidak akan lupakan kenangan tersebut dan perasaan yang kami nikmati saat itu 

(11) KMania : Macam mana korang semua bertemu dan apa tanggapan korang antara satu sama lain?

OOO : Love adalah ahli yang pertama sebelum yang lain turut sertainya. YooJoong teringat untuk menikmati makanan tengah hari sejurus selepas menyertai kumpulan tersebut. Dan saat itulah, kami pertama kali bertemu dan saling berkenalan antara satu sama lain. Kami telah memesan Rabokki (Ramen + Toppoki) dan YooJung sengaja meninggalkan ramen untuk dinikmati pada saat akhir kerana itu adalah kegemarannya. Tapi, lain pula dengan Kyubin. Dia telah mengambil kesemua ramen tersebut kerana beranggapan YooJung tidak mahu memakannya. Aksi itu menjadikan ianya sedikit janggal, namun apabila kami berpindah masuk dan tinggal bersama, akhirnya kami seperti satu keluarga.  

(12) KMania : Apa berbezaan sebelum dan selepas debut?

OOO : Setelah kami debut, kami rasa memikul tanggungjawab yang besar terhadap peminat, tenaga kerja kami dan setiap dari kami. Kami mahu terus mengekspresikan diri melalui muzik kami dan berkembang sebagai artis dengan cara yang mampu untuk membanggakan para peminat dan tenaga kerja kami.

(13) KMania : Apa projek OnlyOneOf selepas ini?

OOO : Kami kini terikat dengan rancangan realiti kami sendiri bertajuk “Unlocking Love!”. Korang semua boleh tonton rancangan tersebut menerusi Mnet setiap Selasa, jam 8 PM KST. Kami rasa interaksi kami sepanjang rancangan itu akan memperlihatkan gurau senda antara ahli kumpulan kami. 

(14) KMania :  Ada apa-apa kenangan / nasihat berharga yang diterima daripada senior korang? 

OOO : U-Know dari kumpulan TVXQ telah memberikan nasihat berharga kepada kami sewaktu kami membuat pengambaran program muzik. Dia berkata, kemahiran persembahan adalah penting, sangat penting, tapi dalam masa yang sama korang kena jaga diri dan kesihatan, sebab itu adalah kunci kepada karier korang untuk selama yang mungkin. 

(15) KMania :  Ada tak mana-mana trak lagu yang sebenarnya korang tulis untuk album terbaru korang [line sun goodness]? Sila terangkan kepada kami.

OOO : Kami telah menulis tiga buah lagu iaitu “OnlyOneOf Me,” “Desert,” dan “Heartbreak Terminal”. 

“OnlyOneOf Me” adalah kesinambungan lagu “OnlyOneOf You” daripada album terdahulu [Dot Point Jump]. Ia menceritakan tentang komitmen terhadap perhubungan dan sama juga dengan “Desert.” Kami sangat berbangga kerana kami berjaya menonjolkan suara unik setiap ahli dalam lagu “Desert.” Idea kami untuk menghasilkan lagu ketiga “Heartbreak Terminal” datang daripada perasaan yang ditinggalkan oleh bas di perhentian bas.

(Nota : OOO adalah singkatan kepada OnlyOneOf)

Sebelum itu mari kita saksikan muzik video terbaru OnlyOneOf berjudul “Sage” dari mini album terbaru mereka Line Sun Goodness

Kepada korang yang meminati kumpulan OnlyOneOf ini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan mereka di laman sosial mereka seperti berikut :

Official Website: onlyoneofofficial.com
Facebook: OnlyOneOfofficial
Twitter: @OnlyOneOf_twt @onlyoneofmember
Instagram: @onlyoneofofficial

Jadual pertemuan bersama OnlyOneOf

Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OnlyOneOf ‘Hit The Line Tour’ in Malaysia, jangan lupa follow Yi Pin Studio di:

Facebook: @OfficialYiPinStudio
Twitter: @YiPin_Studio
Instagram: @yipin_studio

loading...