‘Turning Up’ buah tangan terbaru Arashi sempena ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut

dari kiri Sho Sakurai, Kazunari Ninomiya, Matsumoto Jun, Satoshi Ohno, Masaki Aiba

Lamanya tidak mendengar sebarang perkhabaran mengenai kumpulan popular dan berjaya dari Jepun ini, Arashi. Arashi dianggotai oleh Ohno Satoshi, Sakurai Sho, Aiba Masaki, Ninomiya Kazunari, dan Matsumoto Jun serta mula debut pada tahun 1999 di bawah pengurusan Johnny & Associates. Kumpulan ini juga merupakan boy band paling berjaya di Jepun sepanjang masa dan setiap anggotanya sering disebut-sebut sebagai idola negara Jepun. Wah, dah 20 tahun rupanya Arashi berkecimpung dalam dunia hiburan ini dan kesemua ahli kumpulan ini telahpun berusia lewat 30an.

Pada 3 November, genap usia kumpulan ini 20 tahun dan mereka menyambut ulang tahun ini dengan berkongsi beberapa berita yang gembira dengan peminatnya. Arashi juga secara rasminya telah membuka kesemua laman sosial untuk membolehkan mereka mendekati para peminat yang selama ini telah menyokong mereka.

Kesemua laman sosial mereka telah memuat naik ‘posting’ sekeping foto dengan kapsyen, “Kami mahu lebih dekat lagi dengan semua peminat kami di seluruh dunia. Marilah turut sertai kami!” Biarpun masih baru dibuka laman sosial mereka, nampaknya ia menyuntik keterujaan peminat untuk ‘follow’ Arashi dan mengetahui perkembangan terkini kumpulan tersebut. Memang laku keras laman sosial Arashi ini kerana dalam masa yang singkat telah mengumpul ramai pengikut setia mereka.

Semasa mengadakan Youtube Live awal pagi ini menerusi cenel rasmi mereka, selain mengumumkan pembukaan laman sosial rasmi, Arashi juga mengumumkan bahawa mereka akan mengunjungi Jakarta, Bangkok, Taipei dan Singapura sebagai untuk sesi sidang media serta sebahagian daripada siri jelajah “Jet Storm” . Sidang media akan diadakan dilokasi yang telah dinyatakan. Ini sebahagian daripada usaha mereka untuk menghargai peminat yang tidak pernah jemu untuk menyokong mereka.

Kumpulan itu dijadualkan meninggalkan Tokyo dengan jet persendirian mulai Sabtu (9 November) dan kembali semula ke Tokyo pada Isnin (11 November). Berikut merupakan destinasi perhentian Arashi.

9 November (Sabtu) – Tokyo ke Jakarta

10 November (Ahad) – dari Jakarta menuju Singapura dan Bangkok

11 November (Isnin) – dari Bangkok ke Taipei dan kembali semula ke Tokyo

Bagaimanapun, maklumat terkini mengenai sidang akbar tersebut masih lagi belum diumumkan dan belum juga diputuskan sama ada Arashi akan mengadakan konsert di empat bandar raya itu.

https://twitter.com/showmeshyo/status/1190827930168909824

Jelajah ‘Jet Storm’ adalah lawatan promosi yang diadakan oleh Arashi pada tahun 2006 untuk mempromosikan konsert mereka di Thailand, Taiwan dan Korea Selatan. Mereka dilaporkan mengunjungi tiga tempat tersebut dalam satu hari menggunakan jet persendirian mereka untuk bertemu dengan peminat dan sekaligus mempromosikan konsert mereka.

Selain itu, Arashi juga menyatakan akan meriliskan single terbarunya hari ini. Semua 64 single kumpulan Arashi, termasuk yang ke-65 “Turning Up”, akan diriliskan pada 3 November, jam 6 petang (waktu Malaysia) menerusi perkhidmatan streaming muzik seperti Spotify dan Apple Music. Manakala muzik video pula akan dilancarkan pada jam 8.00 (waktu Malaysia)

Salah seorang ahli kumpulan, Jun Matsumoto, 36, berkata: “Kami mahu peminat dapat menikmati muzik kami pada bila-bila masa, walaupun semasa kami dalam mode ‘hiatus’ (proses berehat), jadi mereka tidak akan kesepian.”

Pada bulan Januari tahun ini, kumpulan itu telah mengumumkan mode ‘hiatus’ mulai dari penghujung tahun 2020 sehingga suatu saat yang tidak diketahui lagi, selepas ketua kumpulan Arashi, Satoshi Ohno, 38, menyatakan bahawa beliau mahu berehat dari industri hiburan untuk meneruskan minatnya yang lain.

Matsumoto Jun

Matsumoto menambah: “Ia adalah impian Johnny Kitagawa yang terakhir agar peminat di seluruh dunia dapat menikmati muzik kami.” Johnny Kitagawa adalah pengasas Johnny & Associates yang telah meninggal dunia pada bulan Julai lepas pada usia 87 tahun.

Sebagai makluman tambahan, Arashi merupakan salah sebuah boy band Jepun  yang dipilih untuk membuat persembahan sempena upacara pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito yang dimasyhurkan pada Mei lepas. Arashi juga akan mengadakan konsertya di Stadium Nasional Jepun pada 15 dan 16 Mei 2020 depan. Kumpulan itu merupakan artis pertama yang akan mengadakan konsert di stadium berkenaan kerana ianya dijangka siap sepenuhnya pada November ini.

Mereka juga dilaporkan akan mengadakan konsert di Beijing pada musim bunga depan yang dilihat sebagai persahabatan antara Jepun dan China. “ARASHI Anniversary Tour 5 × 20” Live Viewing pula akan ditayangkan dipawagam TOHO pada 25 Disember depan dan di 328 buah pawagam diseluruh negara. Tayangan itu akan menceritakan perjalanan suka duka Arashi serta berkongsi mengenai pengalaman konsert mereka dengan para peminat.

Selain itu, Jun Matsumoto juga pernah membintangi drama popular adaptasi siri manga popular jepun ‘Boys Over Flowersdengan tajuk “Hana Yori Dango” dan “Hana Yori Dango Returns”. Manakala “Hana Yori Dango Final” dipersembahkan dalam bentuk filem dengan mengekalkan barisan pelakon yang sama dan merupakan sekuel akhir koleksi “Hana Yori Dango”. Sekaligus, ia melonjakkan nama Matsumoto Jun yang merupakan ahli termuda dalam Arashi.

Yang pasti, Arashi juga mempunyai kelompok peminatnya di Malaysia dan rata-rata inginkan kumpulan tersebut mengunjungi negara ini sebelum mereka bersara sepenuhnya. Buat para peminat, boleh follow Arashi seperti di bawah untuk mendapatkan perkembangan terkini:

Twitter
https://twitter.com/arashi5official

Instagram
https://www.instagram.com/arashi_5_official/

Weibo
https://m.weibo.cn/u/7294968640

Facebook
https://www.facebook.com/arashi5official/

TikTok
https://t.tiktok.com/i18n/share/user/6726821273538069506

Sumber : oricon 1 | oricon 2