Weehuu, EXO akan kembali dengan album terbaru tidak lama lagi.
Pada 29 Oktober, media melaporkan bahawa EXO akan melancarkan album studio ke-6 mereka pada hujung bulan November ini. Bagaimanapun, kemunculan semula mereka kali ini tanpa kehadiran Xiumin dan D.O kerana keduanya sedang menjalani khidmat tentera.
Mengulas lanjut perkara ini, agensi EXO, SM Entertainment menyatakan, “Ya, memang benar bahawa EXO sedang dalam proses menghasilkan album studio. Kami akan maklumkan perkembangan lanjut mengenai album terbaru ini apabila semuanya telah sedia.”
Album ke-6 ini akan dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas album studio ke-5 mereka “Don’t Mess Up My Tempo,” yang dikeluarkan pada November tahun lepas. Kemudian EXO turut meriliskan album tersebut versi repackaged pada bulan Disember yang dimuatkan dengan lagu berjudul “Love Shot”.
Sementara itu, EXO kini sedang jalani siri jelajah konsert solo mereka “EXO PLANET #5 – EXplOration” dibeberapa buah destinasi sejak Julai lalu.
Mungkinkah dengan kehadiran album terbaru ini, EXO akan kembali ke Malaysia? dan mungkinkah sedikit sebanyak populariti Super M (Baekhyun dan Kai) akan melonjakkan fenomena EXO kali ini? Sama-sama kita nantikan.!