Goo Hara sebak bila terkenangkan Sulli sudah tiada lagi untuk temaninya disisi

Goo Hara tak tahan sebak di hadapan sekumpulan netizen yang mengikutinya di dalam siaran langsung instastory-nya tadi apabila kerapkali terkenangkan momen bersama Sulli sepanjang sahabat karibnya itu masih hidup.

“Sulli, aku minta maaf kerana tak dapat mengikutmu. Aku minta maaf juga kerana terpaksa ucapkan selamat tinggal. Aku sudah buat apa yang kau mahukan di sana, ” luah Goo Hara sambil cuba mengesatkan air matanya yang gugur jatuh.

 

Goo Hara turut memberi jaminan bahawa dia masih lagi berfikiran rasional. “Aku masih ‘okay’.Aku buka video ‘live’ ini kerana aku mahu ungkapkan sesuatu buat Sulli yang sudah aku anggap sebagai adik. Aku mintak maaf. Jangan bimbang,” tambahnya lagi dan diakhirkan dengan ungkapan ‘Sullie, Hello’ sebelum memadamkan sesi instalive-nya serta-merta.

Netizen yang terkedu dengan luahan Goo Hara, turut meninggalkan komentar seperti ‘Kenapa air matanya asyik mengalir?’ ‘Macam-macam foto kenangan mereka bersama. Adakah ini hakikat yang harus mereka terima?’ dan menyeru Goo Hara sentiasa tabah.

Beberapa jam yang lalu, Goo Hara dilihat telah berkongsikan puluhan gambar bersama sahabat karibnya itu di laman instagram-nya sebelum memadamkan status berkenaan. Sulli merupakan teman minum dan lepak Goo Hara dan mereka seringkali dilihat keluar bersama-sama sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Kehilangan Sulli sangat memberikan kesan buat dirinya sambil menulis di kapsyen berbunyi begini semalam , “Di dunia itu, aku harap Jin Ri (nama sebenar Sulli) buatlah apa yang dia mahu.” Goo Hara pernah diselamatkan dalam cubaan bunuh diri pada suatu masa lalu.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: IS Plus , OSEN