Song Ji Hyo sebak tak terkata bila kenangkan sudah 9 tahun bersama Running Man

Song Ji Hyo tak tahan sebak lalu mengalirkan air mata lara sewaktu mengadakan persembahan bersama ahli-ahli Running Man lain sempena sambutan ulang tahun ke-9 perjumpaan bersama peminat.

Sebaik saja masing-masing selesai membuat persembahan ‘Bloom & Just Blow’, Ji Suk Jin berkongsi luahannya di depan peminat bahawa dia berada sedikit emosional dengan tepukan mereka setelah 20 tahun berada dalam industri.

 

Song Ji Hyo mengambil giliran seterusnya tetapi kaku tidak terkata. Lee Kwang Soo kemudiannya cuba mententeram Song Ji Hyo barangkali pelakon itu turut sama terkesan.

Yoo Jae Suk menyampuk lalu berkata, “Abang Suk Jin mahukan lakukan sesuatu seperti ini, tapi Ji Hyo sudah jumpa masa yang sesuai. Nampak ‘natural’ sungguh.”

Song Jihyo yang tak dapat menahan sebak akhirnya menangis di hadapan hadirin. “Terima kasih, semua,” luahnya di depan khalayak ramai.

Episod terbaru SBS Running Man ini boleh ditonton di cenel ONE TV Asia dan tv9 Malaysia

loading...