Big Hit nafi Jungkook BTS sudah berpunya; akan bertindak tegas terhadap penyebar fitnah

Agensi yang mengendalikan BTS, Big Hit membuat kenyataan tegas menyangkal spekulasi liar tersebar di dalam laman maya komuniti forum sejak semalam.

Jurucakap agensi itu dilaporkan berkata, “Kami ingin menegaskan bahawa apa-apa yang disebarkan mengenai artis kami, Jungkook adalah tidak benar. Jungkook mempunyai kenalan rapat di kepulauan Geoje dan biasanya dia akan mengunjungi kedai tatu tersebut sewaktu sedang bercuti. Kemudian, dia makan bersama dengan mereka dan kawan-kawannya di sana sehingga mereka berkaraoke sekali.”

Tambahnya lagi, “Kandungan itu telah diputarbelitkan untuk menunjukkan Jungkook sedang berpunya. Kami memandang berat tentang privasi artis jagaan kami ketika mereka sepatutnya bercuti dengan senang hati. Setelah memeriksa kebocoran CCTV dan video yang diambil tanpa rela, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.”

Sumber: mk star , star daily news

loading...