Kim Won Hee hari ini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada anjing yang diberi nama Gopdan dan dibelanya selama 14 tahun itu.
Gopdan meninggal dunia setelah menderitai penyakit tumor kelenjar perianal (“canine cancer”) yang biasanya dialami oleh binatang-binatang peliharaan. Kim Won Hee memuatnaik satu kapsyen di laman instagramnya sambil berkata, “Adakah kalian sambut cuti Chuseok? Pada hari Selasa lepas, Gopdan sudah meninggal dunia. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian untuk melihat Gopdan cepat sembuh sebelum ini. Sila habiskan cuti Chuseok kalian dengan bergembira bersama keluarga.”
Terdahulu, Kim Won Hee terkejut apabila mendapati anjing yang dibelanya selama 14 tahun itu berada dalam situasi kritikal kerana menghidapi penyakit kanser dan memutuskan untuk meluangkan masa-masa akhirnya bersama Gopdan, berbanding memberikannya rawatan kemotrapi. “Saya akan berdiri teguh seiring dengan kemahuan Gopdan untuk terus hidup,” katanya sebelum ini.
Kim Won Hee merupakan hos rancangan realiti tv ternama, antaranya SBS Come To Play yang membuatkan beliau memenangi anugerah hos terbaik di Baeksang Art Awards dan SBS Entertainment Awards.
Sumber: world daily , tv report