Tak tahan lagi diseret dengan isu peribadi, Song Hye Kyo ancam akan menyaman penyebar fitnah

Agensi Song Hye Kyo, UAA mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tindakan yang bakal diambil terhadap desas-desus buruk yang mengaitkan pelakon itu dengan penceraiannya.

“Kami telah membuat aduan di Balai Polis Bundang terhadap mereka yang telah menyebarkan khabar angin palsu, fitnah serta kecaman teruk terhadap pelakon di bawah jagaan kami. Kami juga akan membuat aduan terhadap komuniti, komen serta pemilik Youtube setelah mendapat bukti yang mencukupi,” kata jurucakap agensi itu.

“Kami telah melantik agensi guaman Kim & Chang pada 28 Jun lalu dan telah bersiap sedia untuk mengambil tindakan saman. Kami akan bertindak tegas tanpa sebarang kompromi. Maka, tiada lagi kompromi juga untuk saman kedua yang kami buat. Kami berbuat begini kerana Song Hye Kyo seringkali dikecam dan difitnah dengan begitu teruk lalu menyebabkan Song Hye Kyo terus merana,” tambah lagi jurucakap itu.

Sejak memuktamadkan penceraiannya dengan Song Joong Ki pada minggu lepas, Song Hye Kyo dilihat aktif di dalam program-program melibatkan fesyen dan produk kecantikan. Dikenali sebagai seorang yang begitu mementingkan privasi, beliau juga jauh sekali membicarakan tentang penceraiannya baik di dalam media sosial, mahupun menerusi temuduga diadakan dengan majalah Hong Kong beberapa hari lepas.

Sumber: spottvnews

loading...