TREASURE 13 ‘Tergantung Sepi’ dan bakal diperam lagi dalam kotak simpanan YG!

Apalah nasib kumpulan TREASURE 13 yang bernaung di bawah label YG Entertainment ini. Dijanjikan bulan dan bintang, namun hasilnya masih lagi dalam khayalan. Debut pertama mereka nampaknya masih lagi jadi tanda tanya selepas Yang Hyunsuk meninggalkan YG.

Kumpulan TREASURE 13 dibentuk melalui program YG Entertainment survival iaitu YG Treasure Box. Mereka pada asalnya  dijadualkan debut pada sekitar bulan Mei-Julai. Walau bagaimanapun, disebabkan skandal yang Yang Hyunsuk masih lagi berterbangan, masa depan mereka masih lagi terumbang-ambing.

YG Entertainment sebelum ini kerap berkongsi maklumat tentang kumpulan ini dengan para peminat. Mereka telah memuat naik imej serta profile setiap ahli, dan scene belakang tabir pembikinan video dirangkaian media sosial. Bagaimanapun, TREASURE 13 tidak boleh dicapai melalui website rasmi YG Entertainment kerana mereka tidak disenaraikan sebagai salah seorang artis di bawah agensi tersebut. Yang Hyunsuk bertanggungjawab dan menyusun rancangan debut TREASURE13 dan penarikan dirinya dari syarikat itu menjadikan mereka digantung tak bertali. Ada yang tertanya-tanya jika mereka akan ditolak keluar dari agensi terbabit.

Sebelum ini, YG Entertainment bekerjasama dengan pihak JTBC untuk sebuah rancangan realiti survival MIXNINE. Pada asalnya, kesemua finalis akan membentuk satu kumpulan dan memulakan debut. Namun disebabkan ketidaksefahaman pendapat wakil syarikat/agensi yang mewakili finalis tersebut dengan tempoh kontrak yang panjang, akhirnya impian tersebut berkecai ditengah jalan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah Treasure 13 juga akan mengalami nasib yang sama?

Menyorot laporan media mengenai debut TREASURE 13, wakil YG Entertainment sempat mengulas, “tiada apa-apa yang  dapat kami kongsikan berkaitan perkara tersebut,”.

Apapun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan TREASURE 13 akan debut sebagai kumpulan yang bernaung di bawah YG Entertainment yang sah.

Sumber : daum | hankyung

loading...