[GEMPAR] Pelakon popular Hong Kong, Simon Yam ditikam di atas pentas

Pelakon Hong Kong terkenal era 90-an, Simon Yam Tah Wah, 64 tahun telah ditikam di atas pentas dalam satu aktiviti promosi pembukaan kedai borong bahan mentah pembinaan bangunan pada pagi Sabtu. Beliau telah ditikam di perut dan juga dikelar ditangan. 

Video kejadian tersebut telah tular di media sosial. Menurut pengurus beliau, kecederaan tidak parah. Penyerang tersebut juga telah ditahan di tempat kejadian. 

https://twitter.com/i/status/1152435992306937856

Menurut pengurus Simon Yam, beliau telah dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati kecederaannya tidak krital. Bagaimanapun, pihak hospital akan menjalankan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui beliau perlu berdepan pembedahan atau tidak.

Kadangkala, situasi menakutkan seringkali terjadi antara selebriti dan peminat di China. Apapun, semoga cepat sembuh Simon Yam.

Sumber : BBCnews

loading...