Tampaknya projek pertama arahan Shin Won Ho (“Reply 1994″,”Reply 1997″,”Reply 1988″,”Prison Playbook”) akhirnya akan membuahkan hasil.
Menurut portal IS Plus, “Yoo Yeon Seok akan membintangi drama arahan Shin Won Ho berjudul “Wise Doctor Life”. Bagaimanapun, Yoo Yeon Seok yang pernah berlakon di dalam arahan sutradara itu, “Reply 1994” membawakan watak Chilbong sebelum ini hanya sedang mempertimbangkannya. Yoo Yeon Seok dijangka akan melakonkan watak utama doktor yang sama-sama berganding bahu dengan watak lakonan Jo Jung Suk nanti di dalam siri yang sama.
tvN Doctor Playbook ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara itu kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara. Lebih menarik lagi, pemenang Best Director CARI Kdrama Awards ini juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.
tvN Doctor Playbook akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit di wad kecemasan. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Doctor Playbook” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal. Menyusul selepas “Doctor Playbook”, Shin Won Ho juga sedang mengadakan uji bakat untuk projek arahan keduanya yang belum diberikan tajuk berkaitan dengan pemain badminton.
Jika tiada aral yang melintang, tvN Doctor Playbook bakal dipertontonkan menjelang Disember 2019 ini