Suatu masa dahulu, dunia digemparkan dengan satu-satunya lagu kpop yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat pada masa itu, iaitu Nobody dengan posisi no.76 dalam carta Billboard Hot 100. Tak lain tak bukan, ‘Nobody’ ialah lagu dendangan kumpulan Wonder Girls yang sangat popular sehingga menjadi lagu siulan bukan saja di Amerika Syarikat, malah di seluruh dunia termasuklah Malaysia sekali.
Dalam bual bicara di MBC Everlon Entertainment semalam, bekas ahli Wonder Girls, Yubin atau nama sebenarnya Kim Yubin mengaku dirinya terasa akan kehilangan Wonder Girls.
“Sampai sekarang, saya rasa kesal kerana Wonder Girls terpaksa dibubarkan ,” kata Yubin sambil ditemani oleh tiga orang lain idol yang lain iaitu Park Bom dari 2NE1, Allies dari 4 Minutes dan Song Ji dari Secret.
“Ia adalah kumpulan yang saya terlibat selama hampir 10 tahun, dan saya masih berusia 20-an lagi. Saya hidup bersandarkan pada Wonder Girls dan sehingga kini sudah pun berusia 30 tahun ,” sambungnya lagi menceritakan jiwanya asyik terasa kosong.
Wonder Girls telah terbubar secara rasmi pada tahun 2017 lepas dalam satu pengumuman dibuat oleh agensi mereka, JYP.