Kim Soo Hyun telah berjaya menamatkan latihan khidmat tenteranya selama 21 bulan.
Sewaktu kali pertama beliau menyertai program khidmat tentera, beliau diletakkan dalam gred keempat sebagai pekerja sosial. Tetapi, di atas usahanya yang amat gigih, Kim Soo Hyun dinaikkan ke gred pertama dan berjaya menempatkan dirinya di dalam batalion pertama unit ketenteraan.
Sebaik saja beliau melangkar keluar daripada kem tentera Imjingak di Gyeonggi hari ini, Kim Soo Hyun meraikan kedatangan peminat-peminatnya dari pelusuk negara.
“Terima kasih kerana berikan saya peluang. Saya sertai khidmat tentera pada usia yang agak lewat berbanding yang lain. Agak risau macam mana nak luangkan masa itu, tapi akhirnya berjaya juga ke batalion pertama. Saya gembira sangat,” katanya di hadapan penggiat media.
Kim Soo Hyun turut berseloroh apabila ditanya mana-mana kumpulan kpop di luar sana yang berjaya memikat hatinya, sebaliknya dia memberitahu rakan tenteranya sendiri mengemaskini lagu-lagu terbaru untuknya.
Ditanya pula apakah projek seterusnya, Kim Soo Hyun berkata, “Sekarang, saya nak berlakon sampai puas. Tapi, saya takkan ambil sebarang projek sehingga tahun ini berakhir.”
Pelakon yang pernah tercalon dua kali Best Actor CARI Kdrama Awards ini pernah meruntunkan hati peminatnya di dalam drama KBS Moon Embraces The Sun sebagai raja Joseon yang tersepit dengan pergolakan politik di istana. Malah, lakonannya sebagai ‘alien’ yang mencintai seorang pelakon yang berperangai sengal dan tinggal di bumi melalui drama SBS My Loves From The Star, juga masih terngiang-ngiang lagi di kepala penonton drama korea. Maka, lakonannya pasti sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya.
Sumber: mydaily , chosun ilbo