Bukan lagi jadi tanda tanya, Wonho tak dapat sertai konsert Monsta X di Kuala Lumpur malam ini

Atas kesulitan tak yang dielakkan, Wonho Monsta X disahkan tidak dapat sertai konsert Monsta X di Kuala Lumpur malam ini.

Pagi tadi, Wonho Monsta X dihalang masuk oleh pihak imigresen Malaysia setelah beliau gagal menunjukkan passport miliknya untuk pengesahan identiti. Akibatnya, beliau terpaksa berpatah balik ke Korea semula untuk membuat salinan passport baru dan cuba mendapatkan penerbangan terpantas supaya beliau dapat tiba beberapa jam sebelum konsert bermula.

Namun, pihak agensinya, Starship Entertainment mengesahkan bahawa Wonho tak dapat bersama-sama dengan ahli-ahli Monsta X yang lain untuk membuat persembahan konsert sebentar saja lagi setelah mendapati Wonho belum lagi menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, Wonho dijangka akan tetap juga ke Kuala Lumpur dan tiba agak lewat sedikit pada malam ini sebagai meraikan peminat-peminatnya di Malaysia.

2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA akan menemui peminatnya di Malaysia di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang ini.

loading...