Mari kenali watak dan pelakon drama ‘Zhao Yao : The Legends’ ini satu-persatu

Minggu ni adalah minggu ketiga drama Zhao Yao  : Love Story of Devil Angel aka The Legends disiarkan di 8TV. Jom kita berkenalan dengan watak-watak dan para pelakon. Pelakon utama drama ini Bai Lu dan Xu Kai pernah digosipkan bercinta semasa proses pengambaran drama ini, mungkin atas sebab itu interaksi mereka nampak sangat serasi!

Zhao Yao (lakonan Bai Lu)

Ketua Aliran Wan Lu. Seorang wanita yang berani, periang dan bercita-cita untuk menegakkan keadilan dengan menyelamatkan orang yang tak bersalah. Orang pertama yang diselamatkannya adalah Li Chen Lan / Mo Qing (Anak Raja Syaitan). Tindakan Zhao Yao itu ditentang habis-habisan oleh Aliran Sakti (Immortal). Walau bagaimanapun setelah kematian datuknya di tangan Luo Mingxuan (Dewa Emas) , dia bertukar menjadi Ratu Syaitan (Demonness).

Bai Lu, 24 tahun dilahirkan pada 23 September 1994. Mula dikenali dalam King Is Not Easy di mana dia memenangi Anugerah Pelakon Baru Harapan 2017 (Tencent Video Star Awards) dan juga menerusi watak sebagai seorang ‘General’ dalam Untouchable Lovers yang juga dianugerahkan sebagai Pelakon Baru Terbaik 2018 (iQiyi All-Star Carnival). Drama-drama yang akan dibintanginya nanti samada dalam pasca-produksi atau menanti giliran untuk ditayangkan adalah seperti Jiu Liu Lord (Historical Romance), The World Owes Me First Love (Modern drama, romance), Monkey King 3 (Fantasy), Arsenal Military Academy (turut berlakon Xu Kai), Zhao Ge (watak pembantu dalam drama action fantasi).

Li Chen Lan / Mo Qing (lakonan Xu Kai)

Li Chen Lan anak kepada Raja Syaitan (Demon King) yang dimeterai di Gunung untuk mengelak saka jahat dalam dirinya berkuasa tetapi telah dilepaskan secara tak sengaja oleh Dewa Emas Luo Ming Xuan ketika cuba membunuhnya. Ketika Li Chen Lan diburu dan ditangkap oleh Aliran-Aliran Sakti, dia diselamatkan oleh Zhao Yao. Bermula dari saat itu, Mo Qing (nama yang di beri oleh Zhao Yao) hanya menyintai Zhao Yao dan dunia Zhao Yaosaja.

Watak Li Chen Lan lakonan Xu Kai, dilahirkan pada 5 March 1995. Pernah memenangi International Model Contest Guangzhou, China pada tahun 2013. Pada tahun 2018, namanya mula disebut-sebut dan dikenali dalam Story of Yanxi Palace sebagai Fucha Fuheng abang kepada Maharani dan dalam Untouchable Lovers sebagai Pengawal Peribadi Putera Regent Negeri Wei. Tahun 2018 juga menyaksikan Xu Kai memenangi Anugerah Pelakon Harapan dalam 7th iQiyi All-Star Carnival dan Anugerah Muka Baru DOKI dalam 3rd Tencent Video Star Awards. Drama seterusnya yang dalam masih dalam pasca-produksi pula adalah seperti Once Upon A Time There Was A Spirit Blade Mountain (Xinxia, Komedi, Fantasi), Zhao Ge (watak pembantu dalam drama action fantasi), Ode to Daughter of Great Tang (Historical Romance Fantasy), Arsenal Military Academy (disamping Bai Lu). Ketika nama Xu Kai naik mendadak kerana drama Story of Yangxi Palace, cerita-cerita buruk mengenainya disebarkan dalam media massa oleh bekas kekasihnya.Cerita-cerita tersebut dianggap oleh netizen China sebagai berniat jahat kerana menjatuhkan reputasi baik Xu Kai akibat berpisah dengan kekasih lama. Xu Kai juga pernah mengalami situasi di mana pintu rumahnya diketuk tengah-tengah malam buta oleh peminat sasaeng hingga menyebabkan Xu Kai memberi amaran di laman weibo miliknya (macam instagram) supaya menghormati privasi dirinya.

Qin Zhi Yan (lakonan Xiao Yan)

Qin Zhi Yan merupakan penuntut Aliran Sakti (Immortal) yang ingin menuntut bela kematian bapanya, maka dia mengambil keputusan untuk lari menuju ke tempat berpaksinya Aliran Wan Jun. Dalam perjalanan, Zhi Yan tercedera dalam Gua Ais dan darah dia mengalir ke tubuh Zao Yao yang sedang membeku di dalam Gua Ais tersebut. Maka atas sebab itu, Zhao Yao dapat hidup semula tetapi lain yang terjadi apabila dirinya menyerupai Zhi Yan pada pandangan orang lain. Akibat salah makan ubat, tubuh Zhao Yao akan menjadi lutsinar di siang hari, jadi mereka saling bertukar sesama sendiri : Zhi Yan akan muncul pada waktu siang manakala pada waktu malamnya pula, Zhao Yao akan merayau-rayau di samping Li Chen Lan.

Xiao Yan, 22 tahun dilahirkan pada 6 March 1997 mula dikenali umum dari drama Zhao Yao dan Legend of White Snake 2019. Menariknya tentang Zhao Yan ini adalah dia berlakon dalam drama remake Little Nyonya, drama Singapura tahun 2008 yang masih dalam pengambaran atau post produksi yang mengisahkan kehidupan Baba dan Nyonya di Malaysia dan Singapura di zaman 1900-an.

Jiang Wu (lakonan Dai Xu)

Jiang Wu adalah ketua aliran Demon yang baru. Impiannya hanyalah sekadar untuk membunuh Li Chen Lan dan menjadi ketua aliran Wang Lu. Tetapi kewujudannya di Jianghu sebenarnya adalah kerana Zhao Yao lahir daripada saka jahat di dalam diri Qin Xian Xuan, seorang pendeta.

Dai Xu, 29 tahun dilahirkan pada 28 October 1989 telah mula berkecimpung dalam dunia lakonan dari tahun 2010 dan membintangi banyak drama dan filem.

Luo Ming Xuan (lakonan Liu Guan Xiang).

Luo Ming Xuan (Dewa Emas), merangkap ketua Aliran Sakti (Immortal) telah dimeterai oleh Zhao Yao sebagai balas dendam akibat kematian datuk Zhao Yao. Dia tak dapat dibunuh kerana jasadnya penuh kedewaan.

Luo Guang Xiang, 38 tahun dilahirkan pada 5 Ogos 1980. Antara drama lakonannya adalah Princess Jie You (2016), Legend of Zu 2 (2018), My Amazing Boyfriend 2 (2019)

Liu Suruo (lakonan Milu)

Liu Suruo merupakan tunang kepada Luo Ming Xuan yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghapuskan meterai pada Luo Ming Xuan, termasuk sampai membunuh.

Gu Han Guang (lakonan Xiang Hao)

Gu Han Guang adalah salah seorang 4 ketua ahli Aliran Wan Lu. Gelaran beliau adalah Tuan Gunung Selatan. Beliau juga dikenali sebagai tabib sakti terhebat.

Xiang Hao 23 tahun dilahirkan pada 8 Oktober 1985. Beliau turut berlakon dalam Untouchable Lovers sebagai watak pembantu.

Qin Qianxuan (lakonan Li Zi Feng)

Qin Qianxuan yang merupakan pakcik kepada Qin Zhi Yan, ialah seorang pendeta dan turut dikenali sebagai Lelaki Tercantik di Jianghu. Dia pernah diculik oleh Zhao Yao semalaman untuk melnikmati dan menatap sendiri wajah lelaki tercantik tersebut. Kerana peristiwa inilah, saka jahat terlahir di dalam hati Qin Qian Xuan.

Li Zi Feng berusia 32 tahun dilahirkan pada 6 Disember 1986. Antara drama lakonan beliau adalah Song of Pheonix (2017), Tribes and Empires: Storm of Prophecy (2017), Demon Catcher Zhong Kui (2018), Sweet Dream (2018), Bloody Romance (2018) dan Fights Break Sphere: Season 1 (2018).

Sima Ke (lakonan Ding Ye)

Sima Ke adalah salah seorang 4 ketua ahli Aliran Wan Lu. Beliau adalah mata (ketua perisik) Aliran Wan Lu dan boleh mendapatkan maklumat sekelip mata sekitar alam walaupun beliau hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.

Lin Zi Yu (lakonan Yin Yu Hang)

Lin Zi Yu merupakan kapten pasukan An Luo (pasukan elit khas Wan Lu) tetapi telah diturunkan pangkat dan dipenjarakan kerana telah beberapa kali menganiayai Zhao Yao semasa Zhao Yao masih menyerupai Zhi Yan. Dia menyimpan perasaan terhadap Li Chen Lan dan berazam untuk membunuh Zhao Yao dan menjatuhkan Aliran Wan Lu kerana merasakan jasa-jasanya tidak pernah dihargai.

Liu Chang Ling (lakonan Yang Ze)

Liu Chang Ling sebagai Tuan Muda Aliran Jian Xin, merupakan tunang Zhi Yan sejak mereka kecil lagi. Tetapi malang tak berbau, bapa Chang Ling membunuh bapa Zhi Yan. Selama Zhi Yan berada di dalam Aliran Wang Lu, dia telah dikurung disitu dan akhirnya berjaya meloloskan diri untuk mencari kebenaran di sebalik pembunuhan yang dilakukan oleh bapanya.

Lu Shi Qi (lakonan Zhang Xin)

Lu Shi Qi adalah salah seorang 4 ketua ahli Aliran Wan Lu. Gelarannya ialah Tuan Gunung Timur. Oleh kerana tubuhnya yang kebal daripada ilmu sakti dan sihir, jadi fizikalnya sangat kuat ketika berlawan. Tetapi, kelemahannya ialah dia ada masalah dalam mencari arah dan asyik sesat sahaja mencari jalan pulang. Dia juga sangat lurus seperti kanak-kanak.

Yuan Jie (lakonan Fu Jia)

Yuan Jie merupakan salah seorang 4 ketua ahli Aliran Wan Lu. Dia sangat setia dengan Zhao Yao dan sangat tak bersetuju Li Chen Lan menggantikan Zhao Yao sebagai ketua. Dia juga selalu menganggap dirinya lebih layak menjadi ketua.

Nikmati gambar-gambar selingan hero & heroin…

Anda boleh tonton hampir keseluruhan episod terkini drama ini secara online di dimsum atau tontoninya di cenel 8tv juga pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

Artikel dinukilkan sepenuhnya oleh eyka, dan diubahsuai oleh daus.

 

Sumber :

Baidu

Cdramabase

Wikipedia

Wikidrama

loading...