BTS dijadualkan akan membuat persembahan secara langsung di pentas Semifinal ke-4 ‘Britain’s Got Talents’ pada Jumaat ini.
BTS mengesahkan kehadiran mereka di dalam program realiti tv popular itu sebelum mengadakan konsert jelajah mereka di stadium Wembley selama dua hari pada hujung minggu ini. Kesemua tiket yang terjual di Wembley untuk tarikh 1 Jun tersebut ‘sold out’ dalam masa 90 minit saja manakala untuk tarikh 2 Jun pula sudah habis terjual setakat ini.Stadium Wembley yang memuatkan hampir 90,000 orang dikenali dengan perlawanan tenis antarabangsanya dan pernah menampilkan kumpulan kugiran lagenda seperti Queen dan Beatles.
BTS akan menyanyikan lagu ‘Boy With Luv’ daripada album Map of Soul : Persona yang berjaya meraih kedudukan no.1 di dalam carta album terlaris UK pada April lalu. Ini merupakan persembahan pertama mereka secara langsung di bumi England tersebut walaupun mereka pernah merakamkan persembahan mereka di rancangan tv Graham terbitan BBC sebelum disiarkan kemudian.
Untuk penonton Malaysia, anda boleh tontoni persembahan ini di cenel AXN HD (Astro 701 / 721) pada jam 8.05 malam, hari Jumaat esok. Siaran langsung adalah pada jam 4.00 pagi waktu tempatan Malaysia. Manakala, untuk menikmati konsert jelajah mereka di Wembley secara langsung pula, anda perlu layari laman web Naver V Live.
Failed to get a ticket to #BTS World tour? Don`t be panic! 🙌🏻
Buy VLIVE+ and get a front row seat on your couch!🏠🛋
⏰ 6/1 14:30 (EDT),
Only on #VLIVE Live streaming from Wembley stadium.📥 https://t.co/VqOriAI5wN pic.twitter.com/cHwcTbn1Qa
— V LIVE (@Vliveofficial) May 29, 2019
Sumber: digitalspy