Kang Ki Young akan berkahwin dengan seseorang yang bukan selebriti pada hari ini

Kang Ki Young (35) akan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang bukan dari kalangan selebriti pada hari ini.

Kewujudan kekasihnya itu yang dikenalinya sejak tiga tahun yang lalu, pernah didedahkan secara mengejut oleh Kang Ki Young di dalam satu temuduga diadakan selepas drama tvN What’s Wrong With Secretary Kim disiarkan. Kang Ki Young, dalam bual bicaranya bersama hos MBC Radio Star pada 24 April 2019 lepas, berkata dia mengenali kekasihnya sejak pertama kali mereka keluar minum bersama-sama dengan rakan-rakan lain. Sebutnya lagi, bibit-bibit percintaan itu bermula apabila gadis tersebut meletakkan tangan di atas ribanya dan kemudian mereka saling berpegangan tangan di bawah meja tanpa disedari oleh rakan-rakan yang lain. Selepas berakhirnya bual bicara tersebut, Kang Ki Young dikatakan telah melamar kekasihnya dan memutuskan untuk berkahwin pada hari ini.

Serentak dengan itu, Yubon Company yang mewakili Kang Ki Young mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan majlis perkahwinan tersebut,  “Kedua-duanya sedang pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga setelah mendapat sokongan yang padu dan restu daripada seisi keluarga. Perkahwinan tersebut dibuat secara privasi dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.”

Kang Ki Young mula dikenali sejak melakonkan watak pembantu betul-betul memikat hati penonton di dalam drama SBS While You Were Sleeping, tvN What’s Wrong With Secretary Kim, dan MBC Terius, Behind Me di samping So Ji Sub. Beliau juga akan membintangi drama terbaru jtbc Moment of Eighteen di samping Ong Seung Woo dan Kim Hyang Gi.

Sumber: korean herald

loading...