Rain, Lim Ji Yeon & Kwak Si Yang sah bintangi drama bertemakan peguam & perundangan

 

“Welcome 2 Life” adalah drama terbaru MBC yang bertemakan fantasi dan perundangan. Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam yang mementingkan diri sendiri di mana beliau hanya membantu mereka untuk kepentingan diri sendiri. Disebabkan satu kemalangan yang misteri membuatkan beliau berada di demensi lain dan mula menjalani kehidupan yang berbeza.

Rain, Lim Ji Yeon dan Kwak Si Yang antara yang telah mengesahkan sebagai peneraju utama drama ‘Welcome 2 Life’ ini.

Rain ( Sketch, Come Back Mister) akan membawakan watak Lee Jae Sang, seorang peguam yang penuh egois. Merupakan seorang peguam yang hebat disebuah firma guaman terkemuka JK, Jae Sang akan melakukan apa sahaja untuk menang. Pada suatu hari, Lee Jang Sang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan tidak semena-mena beliau berada dalam dimensi yang lain. Kali ini, beliau dapat melihat dirinya menjadi seorang pendawaraya yang tegas dan seringkali menegakkan keadilan.

Lim Ji Yeon (Blow Breeze, High Society) pula memainkan peranan sebagai bekas teman wanita Lee Jae Sang,  Ra Si On, seorang detektif yang gemar bertindak secara melulu. Biarpun Ra Si On mempunyai keperibadian yang kasar, beliau sebenarnya peramah. Selepas berpisah dengan Lee Jae Sang 10 tahun yang lalu, keduanya tidak pernah berada dalan keadaan yang baik. Dalam dunia dimensi yang lain, Ra Si On seorang isteri dan ibu yang ceria, penyayang, bersemangat dan selalu memberikan sokongan kepada suaminya, Lee Jae Sang selain bekerja sebagai detektif.

Di sini, penonton akan dihamparkan perbezaan perhubungan antara Kim Jae Sang dan Ra Si On dalam dua dunia yang berbeza, yakni dua nyata dan dunia dimensi. Mereka akan menonjalkan dua personaliti yang berbeza dan pastinya bakal menjadi perhatian penonton. Ibaratnya Kim Jae Sang dan Ra Si On bagai anjing dan kucing di dunia nyata, manakala bagai isi dan kuku di dalam dimensi lain.

Kwak Si Yang (Chicago Typewriter) akan membawakan watak Goo Dong Taek yang merupakan senior dan rakan sekerja Ra Si On. Mereka bertugas di balai polis yang sama. Biarpun personaliti Goo Dong Taek tampak bengis dan tegas, tetapi sebenarnya, beliau sangat baik.

‘Welcome 2 Life’ masih lagi menjalankan ujibakat para pelakon lain. Drama ini akan bersiaran dirangkaian MBC pada penghujung Julai depan selepas berakhirnya ‘Partners of Justice 2’

Sumber : sports.donga