Bekas ahli kumpulan Winner, Nam Tae Hyun yang sudah bergerak secara solo sekarang telah disahkan oleh pihaknya bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Jang Jae In
Menurut Nam Tae Hyun , ” Ya, saya memang tengah berbahagia sekarang. Pertemuan kami juga berjalan dengan baik ,” katanya mengesahkan desas-desus pagi tadi yang mengatakan seorang krew drama tvN terlihat mereka ‘dating’ di suatu tempat selepas masing-masing selamat menjalani penggambaran untuk projek tvN yang dilancarkan pada 1 Mei depan.
Nam Tae Hyun ‘debut’ dengan kumpulan Winner pada tahun 2014 , sebelum memutuskan bergerak secara solo dengan band tersendiri, South Club manakala Jang Jae In banyak menyumbangkan suaranya di dalam runut-runut lagu untuk drama korea seperti ‘Auditory Hallucinations’, misalnya, gandingannya bersama ‘rapper’ NaShow telah memenangi Song of The Year 4th CARI Kdrama Awards yang lalu.
Sumber: edaily