Misi 2019 : Park Seo Joon & Ji Chang Wook bersedia untuk menjadi pelakon drama semula

Kedua-duanya pelakon ini, Park Seo Joon dan Ji Chang Wook tampaknya sedang mempertimbangkan tawaran masing-masing untuk membintangi drama jtbc ‘Itaewon Class’ dan ‘City of Stars’ berdasarkan laporan didedahkan media semalam.

jtbc ‘Itaewon Class’ yang diadaptasikan daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya.  Park Seo Joon ditawarkan watak utama, Park Shin Yong. Drama ini yang mendapat sutradara Kim Sung Yoon (KBS Moonlight Drawn By Clouds) dan produser drama NEW yang dikenali dengan penerbitan drama jtbc ‘Miss Hammurabi’ dan jtbc ‘Beauty Inside’ sebelum ini, dirancang tayangannya samada penghujung tahun ini atau tahun hadapan.

Sementara itu, pengarah Jang Jin yang masih komited dengan projek dramanya, ‘City of Stars’ kali ini cuba mendapatkan Ji Chang Wook pula sebaik saja pelakon iti selesai menjalani latihan ketenteraan. Seperti ditawarkan kepada Byun Yo Han dan Hyun Bin sebelum ini, watak yang sama juga ditawarkan kepada pelakon tersebut iaitu Yoo Dong Ha. Berdasarkan sinopsis awal, Yoo Dong Ha yang mengalami klaustrofobia (‘takut berada dalam tempat tertutup’) sehingga menyebabkan dia gagal mengemudi kapal terbang semasa berkhidmat dengan Air Force. Namun, disebabkan dia mahu menyertai misi ke angkasa lepas, Yoo Dong Ha gigih menjalani latihan yang keras bagi membolehnya dirinya terpilih. ‘City of Stars’ berkisarkan tentang anak-anak muda yang berazam menyertai misi ke angkasa lepas bagi mencari sumber tenaga baru untuk bumi. Kos produksi drama dijangka menelan puluhan billion won. Pengarahnya, Jang Jin sudah pun mendapat pelaburan sebanyak jutaan dolar daripada syarikat bertempat di Hong Kong.

Semestinya peminat tak sabar-sabar menantikan kemunculan mereka di dalam industri drama korea semula.

Sumber: sport khan , donga , hankookilbo

loading...