Krew tvN Asadal Chronicles tak berpuas hati kerana dipaksa bekerja lebih masa & kecederaan tak dilaporkan?

Cakap-cakap negatif di belakang takbir drama tvN Asadal Chronicles mula kedengaran dan mendapat perhatian media di Korea.

tvN Asadal Chronicles yang dibintangi oleh Song Joong Ki, Jang Dong Gun dan Kim Ji Won, sedang menjalani penggambaran sejak akhir tahun 2018 dan akan siap menjelang tayangan pada Ogos nanti. Drama ini merupakan kemunculan semula Song Joong Ki buat pertama kali selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Song Hye Kyo yang dikenalinya menerusi KBS Descendants of The Sun. Namun disebabkan jadual tayangan yang semakin hampir, pihak produksi dikatakan mahu mengejar tarikh berkenaan sehingga menyebabkan ramai krew mereka tertindas.

 

Menurut laporan bastillepost semalam dan donga pagi tadi,  pihak produksi, Studio Dragon, telah dituduh membiarkan krew-krew mereka bekerja lebih masa dan kecederaan mereka tak diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab. Krew-krew dilaporkan telah dipaksa menjalani penggambaran sekurang-kurangnya 101 jam seminggu di Korea, dan 151 jam seminggu di luar negara (Brunei) dengan purata sebanyak 21 jam sehari, yang mana telah melanggar undang-undang buruh Korea yakni 68 jam seminggu. Mereka juga mendakwa tidak menandatangani kontrak buruh bersama pihak produksi, maka mereka tak menerima sebarang elaun tambahan untuk kerja lebih masa. Malah, apabila berlakunya kecederaan di set penggambaran, pihak produksi dikatakan hanya melaporkan ia kecederaan yang tak serius dan cukup selamat untuk penggambaran.

Sebagai menjawab tuduhan tersebut, jurucakap Studio Dragons mendengar keluhan mereka asalkan mereka tertakjub di dalam 68 jam masa bekerja yang ditetapkan. “Tolong fahami bahawa ada perkara yang berbeza bergantung pada kerja setiap kumpulan tertentu,” katanya lagi.

tvN Asadal Chronicles yang dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion) ini berkisarkan tentang drama fantasi peredaran masa yang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon dahulu.

Sumber: donga , bastillepost