Penyanyi idol paling popular di China, Jackson Yee yang pernah dikenali dengan lagu ‘Li Sao’ pada tahun 2017, diberi peluang untuk bercakap di ‘UN Youth Forum’ semalam berhubung isu kesihatan kanak-kanak sepanjang menjadi bekerja di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bercakap tentang kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera, Jackson Yee menyatakan perlunya bertindak cepat dan memilih gaya hidup yang sihat. Maka, masyarakat dikehendaki mencari mereka yang betul-betul memerlukannya termasuklah kanak-kanak dan remaja.
Sebagai duita, penyanyi idol itu telah bekerja dengan agensi kesihatan UN sejak 2017 lagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak muda. Lantara itu, Jacksn Yee juga pernah mengeluarkan wang ringgit untuk membiayai kanak-kanak yang ketinggalan. Katanya, “Kanak-kanak tidak dapat bergiat aktif dalam masyarakat kerana penyakit yang dialami mereka atau hilangnya sumber bergantungan.”
“Hampir 7 juta kanak-kanak ketinggalan di China, di mana ramai antaranya menghadapi masalah fizikal dan mental yang teruk di dalam kehidupan harian mereka ,” kata Jackson Yee yang menggesa perlunya sokongan masyarakat sedunia untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan tidak ketinggalan.