Kangin Super Junior (SUJU) akui ada dalam ‘chatroom’ tapi nafi berkongsi video seks Jung Joon Young

Kim Young Woon, atau dikenali sebagai Kangin daripada kumpulan Super Junior hari ini membuat penjelasan tentang khabar angin yang mengaitkannya dengan skandal penyebaran video seks Jung Joon Young berdasarkan laporan oleh SBS “Night of Real Entertainment” pada 2 April kelmarin.

This statement is seemingly in response to the April 2 episode of SBS’s “Night of Real Entertainment,” which reported the names of some rumored members of Jung Joon Young’s KakaoTalk chatrooms: the model Lee Chul Woo, 2AM’s Jeong Jinwoon, and Super Junior’s Kangin.

Menurut MyDaily, agensi Label SJ menegaskan bahawa Kangin memang pernah berbual dengan Jung Joon Young berhubung penyertaan mereka di dalam program realiti tv jtbc Hitmaker.

“Memang ada ‘chatroom’ sementara dibuat untuk selebriti-selebriti yang terbabit dalam program realiti tv bersama Jung Joon Young,” katanya.

Kangin menambah , “Sejak ‘Hitmaker’ berakhir tiga tahun yang lalu, ‘chatroom’ itu sudah tertutup. Saya tak ingat adakah pemilik akaun lain pernah memuatnaik sebarang video atau gambar secara haram, dan intipati perbualan yang berlangsung di dalam ‘chatroom’ itu. Saya tidak menyimpan gambar-gambar atau video berkenaan.”

“Sekiranya polis memanggil saya untuk disoalsiasat, saya akan bekerjasama ,” katanya lagi sebagai tindakbalas kepada petisyen peminat yang meminta beliau untuk mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Pada 2 April yang lalu,  SBS “Night of Real Entertainment” menamakan Kangin Suju, Jeon Jin Woon 2AM dan  Lee Chul Woo sebagai selebriti-selebriti yang pernah berbual bersama Jun Joon Joung di dalam salah satu ‘chatroom’ miliknya. Sementara itu, Jeon Jin Woon 2AM dan Lee Chul Woo belum mengeluarkan sebarang kenyataan samada menerusi agensi atau mereka sendiri. Jeon Jin Woon 2AM sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan.

Sumber: mydaily , news1 , kmib

loading...