Buletin utama cenel MBC, “News Desk” petang semalam membuat perkembangan lanjut mengenai penyiasatan terhadap Jung Joon Young yang sedang didakwa atas kesalahan merakam dan berkongsi video seks dengan orang lain tanpa pengetahuan mangsa.
Berdasarkan laporan MBC, “News Desk”, dalam satu kejadian pada tahun 2016, Jung Joon Young pernah curi-curi mengambil gambar dada seorang penumpang wanita yang duduk di hadapannya ketika menaiki kapal terbang pulang dari luar negara. Tiga puluh saat kemudiannya, Jung Joon Young terus berkongsi gambar tersebut ke dalam laman ‘chatroom’ yang turut didiami oleh Seungri dan Choi Jong Hoon.
Rakaman video dan gambar dilakukan oleh Jung Joon Young tidak bergantung pada masa dan tempat. Laporan juga menyebut beberapa tempat telah berlakunya jenayah itu termasuklah hotel di Taiwan, rumah apartment miliknya, sebuah restoren di Gangnam, di dalam kapal terbang dan kelab malam.
MBC, “News Desk” turut melaporkan selain dikongsikan di dalam ‘chatroom’, video tersebut juga telah tersebar merata-rata kepada orang luar di dalam lingkungan bandar yang sama pada jam 12.24 am, 3.35 am, 2.40 pm dan 6.35 pm. Kebanyakan video berkenaan adalah berdurasi 10 saat, dan mangsa tak perasan pun kehadiran mereka di dalamnya kerana sudut diambil adalah di bahagian belakang tubuh mangsa.
Pernah suatu ketika Jung Joon Young kantoi merakam video seks di rumahnya sebelum dirayu oleh mangsa untuk dihapuskan.Jung Joon Young juga pernah mengaku dengan pihak polis sebelum ini sekitar tahun 2015 bahawa dia tak menyedari berapa banyak perempuan dijadikan mangsa olehnya.
“Eh, kau datang lagi kah? ,” tanya polis.
Rekod aduan juga menyebut Jung Joon Young hanya menunduk keluh-kesah setiap kali dia menonton video tersebut. Kejadian ini berlaku sewaktu polis yang mengambil keterangan tersebut dikatakan mengambil suapan untuk menyembunyikan perbuatan jijik mereka daripada dihidu oleh pihak media. Hasilnya, mereka banyak kali terlepas sebelum pendakwaan itu diserahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.
Disebabkan pernah ‘kantoi’, Seungri pernah menyuruh kedua-dua Choi Jong Hoon dan Jung Joon Young menukar telefon pintar masing-masing kepada yang baharu semasa Jung Joon Young sedang menjalani penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat. Oleh sebab itu juga, kedua-dua Seungri dan Choi Jong Hoon hanya menyedari video seks yang dirakam sekitar tahun 2015 hingga 2016 saja.
Hari ini, Seungri akan didakwa bersama-sama dengan Choi Jong Hoon kerana bersubahat menyebarkan video seks dirakam oleh Jung Joon Young setelah Jabatan Polis Metropolitan Seoul berpuas hati dengan bukti-bukti diperolehi oleh mereka.