Jung Joon Young dipanggil untuk siasatan polis kerana rakaman video seks

Jung Joon Young telah dipanggil untuk siasatan polis tepat jam 10.00 pagi di Balai Polis Metropolitan Seoul. Kelihatan dia berjalan perlahan-lahan menuju masuk ke dalam balai sambil diiringi oleh pegawai polis, dan diserbu oleh wartawan-wartawan yang berkuntum di situ sejak awal pagi tadi.

Jung Joon Young bakal disiasat atas kesalahan merakam video seks bersama mangsa-mangsa dan berkongsi dengan rakan-rakan dalam ‘chatroom’ tanpa pengetahuan mereka. Kebanyakan mangsa-mangsa tersebut ialah pelacur-pelacur diperolehinya menerusi ‘chatroom’ Kakaotalk yang turut dihuni oleh Seungri, Choi Jong Hoon FT Island dan beberapa selebriti lain tak dinamakan lagi. Pada mulanya, Seungri turut disyaki sebagai ‘bapa ayam’ sehingga berita tentang Jung Joon Young ini disebarkan beberapa portal media bermula kelmarin, menunjukkan perkaitannya dengan Seungri.

“Kamu tahu tak kamu sudah lakukan seks dengan mangsa (wanita) tak dikenali ? .”

“Adakah kamu datang untuk menyerahkan telefon pintar kamu?”

“Pernahkah kamu ambil pil atau dadah?”

Bertalu-talu soalan diajukan wartawan sebelum dia masuk ke dalam balai polis. Jung Jun Young hanya terdiam tanpa memberikan sebarang jawapan.

Semalam, peguam Kang Chung Wan mengesahkan sebanyak lebih 200,000 mesej KakaoTalk telah diserahkan kepada agensi Anti-Korupsi Negara, menunjukkan puluhan wanita dijadikan mangsa bagi memenuhi keinginan seks buas Jung Joon Young. Kebanyakan mangsa  tak berani mendedahkan salah laku Jung Joon Young disebabkan Jung Joon Young mengetahui tiap-tiap kelemahan mereka, berdasarkan lintasan daripada mesej yang dibaca oleh peguam tersebut.

Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan pegawai atasan mereka yang turut berkomplot dengan Seungri dan beberapa selebriti bagi menutup kesalahan mereka selain menyiasat tentang dakwaan Seungri menggunakan kepentingannya menawarkan khidmat pelacuran kepada pelabur-pelabur luar dan golongan selebriti. Khabarnya, polis sudah menemui bukti yang dapat membuktikan berlakunya gangguan seksual di kelab Burning Sun di mana Seungri sering menjadikannya hos untuk beberapa aktivti hiburan.

Sumber: yna , sport chosun

loading...