Watak Choi Jin Hyuk dalam SBS The Last Empress akan dilenyapkan lebih awal

SBS The Last Empress akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Tapi, disebabkan penangan ‘ratings’ yang agak tinggi diraih secara konsisten saban minggu, peluang keemasan ini diambil oleh pihak produksi untuk melanjutkan tayangan drama ini lebih daripada apa yang dirancangkan sebelum ini. Pada awalnya, SBS The Last Empress dijadualkan tamat dengan 24 episod saja tapi keputusan diambil pihak produksi adalah untuk diperpanjangkan kepada 26 episod (1jam) pula yakni bersamaan dengan 52 episod .

Namun, Choi Jin Hyuk nampaknya tak dapat berkompromi dengan tindakan sedemikian.  Menurut jurucakap daripada agensinya, G-Tree Creative, “Choi Jin Hyuk takkan menjalani penggambaran lagi selepas tayangan episod berakhir semalam. Dia telah selesaikan semuanya semalam. Penggambaran untuk episod ditayangkan pada 24 dan 25 Feb dilihat telah berselisih dengan perjumpaan peminat diadakan di Taiwan nanti.”

Oleh yang demikian, dua episod akhir SBS The Last Empress tidak akan menampilkan Choi Jin Hyuk dan wataknya sebagai pengawal peribadi pemaisuri Sunny akan dilenyapkan serta-merta, mungkin akan dimatikan terus tanpa kelibatnya di dalam drama berkenaan. Apapun, ia sesuatu yang tak dapat dielakkan oleh pihak produksi lagi-lagi kontrak dengan pelakon-pelakon mereka hanya termeterai pada episod 25 bersamaan dengan 50.

Dalam episod baru-baru ini, Na Wang Shik (lakonan Choi Jin Hyuk) masih terbabit dalam pergolakan politik istana sehingga kadang-kadang mengancam nyawanya demi melindungi pemaisuri Oh Sunny, dan maharani (ibunda maharaja Lee Hyuk) pula telah membunuh dirinya. Bagaimana watak Na Wang Shik dimatikan tiba-tiba, itulah yang menjadi persoalan buat PD Joo Dong Min untuk memastikan drama berbentuk ‘makjang’ ini tak terkeluar daripada landasan kelogikan yang boleh diterima.

Sumber: mydaily

loading...