ITZY cipta sejarah tersendiri raih hampir 37 juta tontonan di Youtube dengan lagu debut saja

ITZY idol kpop wanita terbaru di bawah seliaan JYP Entertainment yang baru debut pada 12 Februari 2019 mencatat rekod bersejarah apabila lagu debut mereka ‘Dalla Dalla’ meraih sebanyak 37 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Kumpulan ini terdiri dari 5 orang gadis manis, muda dan comel iaitu Yeji sebagai ketua kumpulan, Lia, Chaeryeong, Ryujin dan maknae Yuna.

Lagu yang bergenre ‘future pop’ ini meraih komen dan pujian yang positif dari netizen dan hampir mengungguli carta-carta lagu di Korea sendiri. Peminat mula membandingkan ITZY dengan Twice sewaktu Twice mula menongkah populariti di persada seni Korea.

Semoga mereka boleh terus menapak di dalam industri ini pada peringkat antarabangsa serta duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan artis popular yang lain. Selamat maju jaya ITZY, aja aja fighting! Kami tunggu anda di Malaysia.

loading...