Di manakah Kang Daniel & Yoo Jin Sung sekarang, bekas ahli Wanna One ?

Kesemua ahli kumpulan Wanna One telah dibebaskan secara kontrak dan bergerak aktif secara solo bermula 1 Januari 2019. Kang Daniel dan Yoon Ji Sung masing-masing telah membuka laman instagram mereka secara rasmi bermula semalam.

Kang Daniel bermukadimah dengan ucapan “Hello” kepada peminat-peminat yang baru mengikutinya di laman sosial itu manakala Yoon Ji Sung pula dilihat sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan di Seoul sambil mengenakan topi dan skaf di lehernya.  “Hello, it is Yun Ji-sung, Walking the Path of Bob’ , katanya. Sejak dibuka semalam, bilangan pengikut mereka masing-masing sudah mencacat sebanyak lebih 600 ribu dan 300 ribu orang.

Umum diketahui, kedua-dua idol ini tak seperti rakan sekumpulan mereka yang lain, mahu bergerak aktif secara solo tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Mereka dikatakan akan bernaung di bawah label syarikat bebas, yakni MMO Entertainment.

Wanna One telah pun terbubar menjelang 31 Dec 2018. Konsert 27 hari bersama peminat akan tamat tak lama lagi, sekaligus menyimpulkan karier mereka bersama Wanna One.

Sumber: Instagram Yoon Ji Sung, Kang Daniel

loading...