G-Dragon paling berpengaruh di laman Instagram

 

Semakin menghampiri penghujung tahun, pelbagai anugerah giat dijalankan. Yang terbaru dianjurkan oleh pihak Instagram Korea yang telahpun mengumumkan mengumumkan keputusan bagi Anugerah Instagram 2018!

Sememangnya platform Instagram kini memiliki lebih ramai pengguna. Ianya lebih mudah dan boleh dikatakan mesra pengguna. Apabila kita berbicara soal Instagram, ternyata akaun Instagram Selebriti Korea mencuri tumpuan setiap masa.

Menerusi Anugerah Instagram yang dianjurkan oleh pihak Instagram Korea, platform media sosial ini telah mengumumkan para pemenang bagi setiap enam kategori antaranya Most Loved Account, Top 10 Accounts, Account With Most Growth, Top Boy Group, Top Girl Group, dan Photo With Most Likes.

Jennie BLACKPINK dipilih sebagai Most Loved Account  pada 2018, berdasarkan bilangan review dan likes yang diterima menerusi Instagram Story dan muat naik yang dikongsinya tahun ini.  Ahli-ahli BLACKPINK yang lain juga turut dicalonkan untuk kategori ini.

Jennie yang mewakili BLACKPINK, “Saya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana sokongan yang diterima dari peminat di Instagram saya. Teruskan ikuti Instagram saya kerana saya akan kongsikan lebih banyak momen-momen serta kenangan. “

Pemenang bagi kategori Top 10 Accounts dipilih berdasarkan jumlah pengikut. G-Dragon BIGBANG menguasi kedudukan pertama, diikuti Chanyeol dan Sehun EXO dikedudukan kedua dan ketiga. Berikut adalah senarai semua 10 pemenang:

1. G-Dragon BIGBANG (@xxxibgdrgn)
2. Chanyeol EXO (@real_pcy)
3. Sehun EXO (@oohsehun)
4. Baekhyun EXO (@baekhyunee_exo)
5. Lee Jong Suk (@ jongsuk0206)
6. Taeyeon Generasi Gadis (@taeyeon_ss)
7. GOT7’s Jackson (@ jacksonwang852g7)
8. Lisa BLACKPINK (@lalalalisa_m)
9. Nam Joo Hyuk (@skawngur)
10. Jennie BLACKPINK (@jennierubyjane)

G-Dragon telah menjadi selebriti dengan jumlah pengikut Instagram terbesar di Korea sejak 2014 lagi.

https://www.instagram.com/p/BqhSWpZh22X/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1qi7we50udajh

Lee Jong Suk turut berkongsi pandangannya kerana terpilih untuk berada dikedudukan ke-5 dalam kategori ini. Beliau menyatakan, “Disebabkan  kekangan masa dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, tidak banyak aktiviti yanh boleh saya ikut serta. Jadi, menerusi Instagram saya dapat berkomunikasi dengan semua peminat saya sama ada di Korea dan diluar Korea. Mereka juga dapat mengikuti aktiviti yang saya sedang lakukanaktiviti saya dan tidak dapat Kerana saya tidak dapat mengambil bahagian dalam banyak aktiviti di luar projek saya, Instagram adalah cara terbaik untuk berkomunikasi dengan peminat Korea dan antarabangsa. Oleh kerana anugerah ini adalah sumbangan daripada peminat, saya lebih menghargainya dan bersyukur. “

Kim So Hyun pula memenangi anugerah untuk Account With Most Growth berdasarkan peningkatan bilangan pengikut dan penggunaan sepenuhnya fungsi Instagram seperti Instagram Story dan Instagram LIVE.

BTS memenangi kategori Top Boy Group dan Top Girl Group dimenagi oleh BTS dan BLACKPINK.  Akaun rasmi yang diuruskan oleh agensi kumpulan dengan pengikut paling ramai layak untuk dicalonkan dalam kategori ini.

https://www.instagram.com/p/BqC1b6yHji3/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=x13lxljd3sw1

Menjawab mengenai perkara itu, BLACKPINK yang telah dipilih sebagai Top Girl Group memberitahu, “Kami sangat bersyukur kerana ramai yang mengikuti dan sentiasa menyokong akaun Instagram BLACKPINK. Kami akan berkongsi lebih banyak berita dan aktiviti dengan semua orang lagi tahun depan. “

Untuk kategori Photo With Most Likes, perkongsian foto BTS di bawah paling banyak mendapat likes. Foto itu diambil pada bulan Mei lepas di Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMA) dan telah mengumpulkan sebanyak 3.2 juta likes.

https://www.instagram.com/p/BjBbEJUF5Jw/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=f0p4961yr08n

Fandom BTS (ARMY) juga dinobatkan sebagai Top Fandom Community menerusi kajian tahun semasa yang dijalankan Instagram

Apapun, tahniah kepada semua. Sesiapa yang masih lagi belum mengikuti mereka, anda boleh berbuat demikian sekarang.

Sumber : star.view| Naver | Instagram