SBS The Last Empress buat penonton tak tidur lena; Jang Nara pula dituduh curang & pembunuh nendanya ?

Drama SBS The Last Empress semakin membuatkan penonton tak tidur lena dengan paparan adegan-adegan “makjang” sangat mendebarkan. Kali ini Jang Nara melalui watak Oh Sunny berhadapan dengan konflik lebih teruk di istana apabila dituduh curang oleh suaminya, yakni Maharaja Korea Lee Hyuk (Shin Sung Rok) sehingga khabarnya telah mendesak lelaki itu untuk membunuhnya. Tapi dalam pada masa yang sama, Lee Hyuk juga mencintai seorang penyanyi Min Yura (Lee Elijah) dan mahu meletakkan wanita untuk sebagai pemaisurinya yang sah bagi menggantikan Oh Sunny.

Oh Sunny di samping suaminya, Lee Hyuk.

Oh Sunny yang berada dalam keadaan terdesak, terpaksa meminta bantuan Na Wang Shik (Choi Jin Hyuk) bagi menyelamatkan dirinya terus menjadi mangsa maharaja yang rakus dan kejam itu walaupun niat asal Na Wang Shik adalah untuk membalas dendam.

Lebih menyakitkan hati lagi, sewaktu cuba menyelamatkan diri daripada cengkaman maharaja dan konco-konconya, Oh Sunny pula telah tak tersengaja berada di tempat kejadian di mana nenda maharaja terbunuh lalu menyebabkan dirinya dituduh sebagai pelakunya. Dapatkah Oh Sunny membebaskan dirinya daripada tuduhan tersebut? Adakah Na Wang Shik berperanan sebagai ‘bodyguard’ akan mengabaikan dendamnya semata-mata untuk melindungi Oh Sunny? Sama-sama kita saksikan apa yang berlaku pada malam ini.

 

Drama SBS The Last Empress yang mendapat ratings yang agak tinggi semalam, yakni 11.5% buat pertama kalinya berjaya memintas tvN Encounter yang meraih 8.5%. Drama ini dapat ditonton di cenel tempatan Astro 393 , ONE TV Asia setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 7.55 petang.

Sumber: xsportnews