Permulaan “Memories of the Alhambra” dan “Fate and Furies” berjaya pikat penonton

Drama baru tvN “Memories of the Alhambra” dan SBS  “Fates and Furies” yang mengisi slot tayangan hujung minggu berjaya menarik perhatian para penonton.

Episod pertama “Memories of the Alhambra” yang disiarkan 1 Disember telah mencatatkan purata tontonan pada kadar 7.5 peratus dan
 8.5 peratus secara langsung drama itu ditayang.  Ini menjadikannya program yang paling ramai ditonton dalam slot waktu yang sama untuk saluran kabel. tvN telah menetapkan sasaran penonton pada kadar tontonan purata 5 peratus dan mencapai 5.6 peratus pada masa ia ditayangkan secara langsung. Walaupun penarafan untuk saluran kabel sedikit berbeza , ” Memories of the Alhambra ” didakwa mendapat rating tontonan tertinggi di kalangan semua program dalam slot tayangan yang sama untuk kedua-dua saluran kabel dan saluran penyiaran awam bagi kumpulan umur sasaran mereka.

SBS juga turut menayangkan drama hujung minggu yang baru “Fates and Furies” mulai  1 Disember. Drama tersebut turut mencatatkan penilaian penonton di seluruh negara sebanyak 7.2 peratus tontonan secara purata. Kadar tontonan melonjak  pada 8 peratus ketika satu adengan di mana Lee Min Jung berjalan dalam hujan setelah dimalukan, dan Joo Sang Wook berlari mendapatkannya untuk menenangkan Lee Min Jung. Drama ini menceritakan kisah empat lelaki dan wanita yang mana kehidupan mereka saling berkaitan dari segi takdir, kemarahan, tamak, dan keinginan, dan drama itu memikat penonton dengan jalan cerita yang penuh momen emosi.
Untuk slot  Sabtu-Ahad KBS – “My Only One”, drama itu terus menguasai rating diseluruh negara dengan mencatatkan 31 peratus tontonan bagi siaran episod 1 Disember mereka. Drama MBC – ”

A Pledge to God” mencatatkan penarafan tontonan nasional sebanyak 11.9 peratus manakala drama JTBC “SKY Castle” mencapai 7.5 peratus tontonan.


Untuk saluran kabel, drama OCN – “Priest” mencatatkan rating tontonan 2.0 peratus manakala drama Channel A – “Coffee, Do Me A Favor” mencatatkan rating tontonan sebanyak 0.6 peratus.
Sumber : Naver | Naver | Newsinside