Lagak Lee Sang Yeob sebagai kapten Jack Sparrow mengundang tawa penonton di dalam tvN Top Star U-Back

Lee Sang Yeob yang terkenal watak-watak sampingan sebelum ini, telah mentertawakan penonton semalam dengan parodi watak ‘Jack Sparrow’ daripada filem The Pirates of Caribbean dengan lontaran dialog berbunyi , ” Laut yang tenang tak mungkin akan hasilkan seorang kelasi yang hebat”. Adegan ini kemudiannya diselangi dengan pertempuran antara dirinya dengan sekumpulan lanun laut di samping turut memparodikan watak lakonan Won Bin di dalam filem ‘The Man From Nowhere’.

Kepulangan Lee Sang Yeob semula sebagai Choi Man Deol ke pulau terpencil itu adalah untuk menemui gadis yang dicintainya sejak kecil, Oh Gang Soon (Jeon Sang Min) setelah melayari kapal laut selama berbulan-bulan sebagai kapten termuda di kampungnya. Oh Gang Soon dan Choi Man Deol merupakan teman sepermainan bersama sejak kecil.

Namun, sejak kemunculan penyanyi idol kelas A yang narsistik, Yoo Baek (lakonan Kim Ji Suk) yang dibuang ke sebuah pulau selepas menimbulkan pelbagai masalah, situasi di pulau menjadi tegang seketika. Saat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya yang baru, bibit-bibit cinta terjalin antara Yoo Baek dan Oh Kang Soon, seorang wanita biasa yang rajin serta tabah.

tvN Top Star Yo Baek disiarkan setiap Jumaat jam 11.00 malam.

Sumber: sport seoul

loading...