Nampak gayanya, drama “Four Men” berhadapan dengan masalah lagi. Kali ini dilaporkan pelakon utama drama ini tidak menghadirkan diri selama 20 hari ke set pengambaran. Untuk makluman drama ini adalah sebuah drama pre-produce.
Dengan ketidakhadiran Park Hae Jin sebagai pelakon utama ke set pengambaran, boleh memberi gambaran bahawa pelakon itu menarik diri dari produksi drama tersebut. Secara tidak langsung, ianya menyukarkan keseluruhan pergerakan pihak produksi.
Menurut sumber, Park Hae Jin telah tidak menghadirkan dirinya ke set pengambaran sejak 1 November lepas. Park Hae Jin mempunyai pengaruh besar terhadap keseluruhan produksi memandangkan syarikat agensi beliau (Mountain Movement Story) merupakan produksi besar drama ini.
Pada awal Mei lalu, “Four Men” berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dan telah menghentikan penggambaran. Setelah pertemuan serta perbincangan semula dengan pengarah baru, pelakon utama wanita yang baru, dan banyak lagi, pengambaran diteruskan kembali pada 31 Ogos. Kandungan kontrak Park Hae Jin telah mencapai persetujuan antara mereka apabila pelakon tersebut akan membuat pengambaran drama sehingga 31 Oktober. Walau bagaimanapun, selepas 31 Oktober, ‘Four Men’ tidak dapat meneruskan baki penggambaran dan Park Hae Jin juga tidak hadir ke set pengambaran.
Sumber dalam memberitahu drama ini telah menjalani pengambaran sehinga episode ke 8-9. Dengan isu pelakon lelaki utama tidak lagi bersama pihak produksi, pastinya pengambaran akan tertangguh.
Sedikit kronologi drama ini
- Drama ini sepatutnya disiarkan di SBS dan diarahkan oleh Oh Jin Seok, tetapi disebabkan masalah pertindihan jadual, keduanya menarik diri daripada projek tersebut
- Pada 22 Oktober 2017, SBS menyatakan keinginan semula untuk menayangkan drama tersebut, tetapi pengarahnya haruslah Jang Tae Yoo yang merupakan pengarah bagi drama My Love From the Star. Drama ini adalah pre-produced.
- Pelakon Jo Hyun-jae telah ditawarkan belakon dalam drama ini, tetapi dek pertindihan jadual, beliau menolak drama ini.
- Pelakon Kyung Soo-jin juga diberikan tawaran bintangi drama ini. Disebabkan perubahan karakter semasa penyuntingan skrip, beliau juga tarik diri.
- Bacaan skrip diadakan di Nuri Dream Square, Sangam-dong, Mapo-gu, Seoul pada 15 Disember 2017.
- Sidang media “Four Men” pula diadakan di Suseong-gu, Daegu pada 11 Januari 2018.
- Pengambaran drama bermula sekitar bulan Januari di sekitar Daegu dan Busan.
- “Four Men” kemudian dilaporkan akan disiarkan di MBC, tetapi pada 27 April 2018 diumumkan bahawa TV Chosun sedang dalam perbincangan untuk menayangkannya dan drama ini masih lagi 100% pre-produce.
- 10 Julai – diumumkan drama ini telah dihentikan produksinya kerana syarikat produksi Victory Contents Co. gagal membuat bayaran kepada para pekerja dan juga beberapa bayaran lain. Pengambaran terhenti sejak bulan Mei ekoran beberapa isu melibatkan syarikat produksi dan kakikatangan, serta konflik kenyataan yang dikeluarkan oleh Victory Contents Co. dan pengarah Jang Tae-yoo.
- 19 Julai – pelakon Kim Chang Wan tarik diri dari produksi drama tersebut.
- 8 Ogos – drama akan kembali disambung pengambarannya dalam tempoh sebulan. Pengarah Jang Tae-yoo meninggalkan produksi dan akhirnya digantikan dengan pengarah yang baru iaitu Kim Jae-hong.
- 23 Ogos – Pledis Entertainment mendedahkan pelakon utama drama ini, Nana telah memfailkan prosedur undang-undang utnyk meninggalkan produksi drama tersebut.
- 25 Ogos – dilaporkan pelakon Lee Sun-bin ditawarkan peranan watak utama bagi menggantikan Nana tetapi ditolak.
- 20 September – pelakon Lee Si Ah pula ditawarkan watak utama bagi menggantikan Nana.
- 1 November – Park Hae Jin dilaporkan meninggalkan drama ini
Selepas melihat kontroversi yang menimpa drama ini, apakah kesudahan yang akan dihadapi oleh tenaga produksinya. Apakah mungkin drama ini akan terkubur, atau diteruskan. Yang pasti promosi telah pun berjalan, pengambaran juga telah dijalankan bahkan kos yang dibelanjakan juga semakin meningkat. Jika pelakon utama digantikan, apakah mereka perlu membuat pengambaran semula atau hanya sekadar menyunting. Marilah kita nantikan kesudahan epilog drama “Four Men” dan produksinya.
Sumber : sports.donga | wiki