Renungan berani ‘bodyguard’ kacak Choi Jin Hyuk buat puteri Jang Nara di dalam SBS The Last Empress

Siapalah dapat melarikan pandangannya daripada kelibat seorang puteri yang comel bak anak patung ini, baik Choi Jin Hyuk mahupun Shin Sung Rok. Jang Nara tampil mempesonakan dengan berbaju hanbook diraja sebagai persediaannya untuk dijadikan pemaisuri buat Maharaja Korea.

SBS The Last Empress bermula denan pemerintahan beraja yang secara teorinya masih wujud pada tahun 2018.  Ia berkisarkan tentang Oh Sunny, yakni seorang pelakon muzikal yang dipaksa berkahwin dengan Maharaja Lee Hyuk (lakonan Shin Sung Rok). Sebagai salah seorang ahli kerabat diraja, Oh Sunny berazam untuk mencari kebahagian di samping cuba menyesuaikan dirinya dengan protokol istana. Namun keinginannya tak tercapai apabila dituduh terlibat dalam konspirasi pembunuhan nenda kepada suaminya.

Kewujudan Choi Jin Hyuk sebagai Na Wang Sik sebagai pengawal peribadi diraja telah memerangkapkan Oh Sunny dalam panahan cinta tiga segi. Kedatangan Na Wang Sik ke istana pula dengan hasrat untuk membalas dendam ke atas kematian emaknya, tetapi akhirnya terpalit dengan konspirasi pembunuhan maharani bersama dengan Oh Sunny.

Dapatkan Oh Sunny menyesuaikan dirinya sebagai pemaisuri istana di samping memilih lelaki yang disukai untuk kekal disisinya?

Drama ini ditulis oleh Kim Sun Ok (“MBC Come On, Jang Bo Ri”) dan bakal mendapat sentuhan pengarah kontroversi, Joo Dong Min terkenal dengan drama SBS paling tinggi rating pada tahun 2018 ini, yakni SBS Return. Ini merupakan gandingan kali ke-2 Jang Nara dan Choi Jin Hyuk selepas bergandingan sama di dalam MBC Fated To Love You sebelum ini.

SBS The Last Empress akan disiarkan di ONE HD Astro 393 setiap Khamis dan Jumaat jam 8.10 pm bermula 22 November 2018 ini.

 

Sumber: sportkhan, ONE hd