Mata Choi Jin Hyuk hampir tertikam sewaktu penggambaran SBS The Last Empress

Choi Jin Hyuk dilaporkan telah dikejarkan ke hospital sebaik saja mengalami kecederaan  di bahagian atas matanya sehingga terpaksa menerima jahitan sebanyak 30 kali disebabkan luka terhasil daripada tikaman sepanjang 5-6 cm.

Kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang menjalani penggambaran drama the SBS The Last Empress dan dikatakan tidaklah terlalu teruk kerana tak melibatkan sentuhan anak mata. Choi Jin Hyuk setakat ini sudah menerima rawatan sepatutnya di hospital dan diletakkan bungkusan air batu untuk meredakan pengaliran darah berterusan.

Agensi Choi Jin Hyuk memaklumkan bahawa kembalinya Choi Jin Hyuk ke set penggambaran dan kehadirannya ke sidang media pertama drama ini bersama Jang Nara dan krew penggambaran esok akan ditentukan selepas keadaan beliau dilaporkan stabil.

Sumber: IS Plus

loading...