KARD berjaya realisasikan impian peminat di Malaysia!

Buat julung kalinya, KARD mengadakan kemunculan istimewa di Lazada 11.11 Super show yang berlangsung di Axiata Arena pada malam tadi. Kard merupakan artis di bawah naungan DSP Media yang dianggotai oleh 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu J.Seph(Ace), B.M (King), Somin (Black Joker) dan Jiwoo (Colour Joker).

Apa yang lebih menarik adalah ini merupakan kali pertama KARD membuat persembahan di Malaysia. Di dalam sidang media khas KARD, ahli KARD B.M telah mengatakan bahawa dia dan ahli lain sangat teruja apabila menerima undangan bagi mengadakan persembahan buat peminat di Malaysia. Mereka juga sangat tidak menyangka apabila sekumpulan peminat menunggu kehadiran mereka di KLIA. “Ianya sangat mengujakan dan kami tidak sabar berjumpa peminat pada malam nanti,” kata Somin.

Ketika ditanya mengenai aktiviti membeli belah secara atas talian, Somin dan Jiwoo sangat mengemarinya dan mereka banyak membeli barangan seperti topi dan pakaian. Manakala bagi ahli lelaki J.Seph pula, beliau tidak menggemarinya samada membeli belah di kedai atau secara atas talian kerana bagi J.Seph, beliau akan beli apabila perlu sahaja.

Ditanya mengenai konsert jelajah solo KARD, adakah Malaysia akan dimasukkan dalam senarai negara konsert jelajah, Somin menjawab, “Tentu sekali kami akan melakukannya kerana kami juga ingin berjumpa peminat kami dengan lebih dekat”. Apa yang lucunya semasa sidang media tersebut, wartawan telah menanyakan soal makanan di Malaysia, namun mereka tidak berpeluang merasainya tetapi mereka sangat teruja apabila mendapat tahu Malaysia juga ada manisan yang seakan-akan Korea iaitu air batu campur (Bingsu di Korea).

Kard juga mengatakan, kini mereka sedang merancang untuk projek muzik untuk masa akan datang. Jadi sama-sama kita nantikan hasilnya nanti.

Aman Ra

SonaOne
Altimet

Pada sebelah malam pula, acara yang paling dinantikan iaitu lazada 11.11 Super Show yang dibarisi selebriti tempatan dan antarabangsa berlangsung.  Artis hip hop Malaysia iaitu Aman Ra, SonaOne dan Altimet membuka tirai persembahan pada malam tersebut.

Aiman Tino
Naim Daniel
Haqiem Rusli
Sarah Suhairi

Persembahan diteruskan dengan barisan penyanyi BBNU iaitu Aiman Tino, Naim Daniel, Haqiem Rusli dan Sarah Suhairi di mana masing-masing telah menyanyikan satu lagu hits mereka kecuali Sarah Suhairi yang begitu bertenaga menyanyikan lagu  Kpop BlackPink – DDu Du DDu Du.

Konsert itu juga tidak tertumpu kepada persembahan nyanyian semata kerana ia juga turut diselitkan dengan sketsa lawak dari kumpulan Bocey dan sekaligus berduet bersama Wani Hasrita.

Wani Hasrita dan Bocey

De Fam

Selesai persembahan sketsa itu, konsert diteruskan dengan persembahan ‘Supergirl’ oleh De fam dan diikuti dengan permainan berbalas pantun Sunsilk bersama Ropie, Maya Karin, Aien Edruce, Mark Adam, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.

Khai Bahar dan Hazama

Permainan telah di tamatkan dengan persembahan runaway oleh model Carlo Rino bersama Hazama dan Khai Bahar  yang menyanyikan lagu ‘Amaran mama’ dan ‘Arjuna mencari cinta’ .

Cakra Khan

Persembahan  tidak berakhir di situ apabila artis bersuara lunak dari seberang, Cakra Khan telah menyampaikan dua lagu hitsnya iaitu ‘Kekasih Bayangan’ dan ‘Mencari Cinta Sejati’.  Setelah tamat persembahan yang penuh perasaan dari Cakra, konsert diteruskan dengan segmen permainan bersama Drypers yang dilakukan oleh Khai Bahar, Puteri Aishah, Redza Rosli dan Ayda Jebat.

Bunkface

Persembahan diteruskan dengan kumpulan Bunkface yang menyanyi kan lagu ‘Darah Muda’ dan 1 lagu baharu mereka yang buat pertama kalinya dinyanyi kepada peminat iaitu ‘Shiver’.

 

Ella
Ziana Zain

Keadaan di Stadium Axiata Arena mulai gamat apabila hos Sherry Al-hadad dan Haziq Hotfm mempersilakan ratu rock Malaysia Ella dan Ziana Zain menyampaikan persembahan mereka.

Kard

Sebagai penutup acara Lazada 11.11 Super Show, akhirnya yang dinanti iaitu artis Kpop KARD membuatkan stadium Axiata Arena bergema dengan kuatnya.

KARD menyanyikan 3 buah lagu ‘You in Me’ ‘Don’t Recall’ dan lagu hits mereka ‘Oh nana’  dengan penuh semangat dan tarian yang seksi membuatkan penonton sangat berpuas hati menunggu kemunculan mereka sepanjang konsert tersebut sekaligus merupakan penutup yang sangat gempak dari KARD.

Lazada 11.11 Super Show yang dipancarkan secara langsung di ntv7 dan saluran youtube Tv3 serta ntv7 telah bersiaran selama lebih kurang 3 jam. Keseluruhannya, para penonton sangat berpuas hati dan terhibur sepanjang konsert ini berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengendalikan konsert ini dengan begitu baik sekali. Semoga program seumpama ini akan diteruskan di masa yang mendatang.