[Siri 2] Top 10 Ratu Komedi Romantik dari drama Korea – Mana satu pilihan anda?

1. Gong Hyo Jin

Memulakan karier sebagai model, pelakon ini sudah pun menapak di industri lebih senior daripada rakan-rakannya. Kebarangkalian untuk dramanya sukses adalah agak tinggi lantas membuatkan produksi drama korea jarang bertepuk sebelah tangan apabila nama Gong Hyo Jin menitip dalam senarai lakonan sesuatu drama. Mereka akan bersusah payah mendapatkan hak penyiaran dramanya. Siapa dapat lupakan The Greatest Love, Pasta, Jealousy Incarnate, Master’s Sun, It’s Okay That’s Love dan Thank You. Masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri. Gong Hyo Jin terkenal dalam membawakan watak yang ‘innocent’ tapi juga tegas dalam diam , dan pada masa sama secara ‘subtle’ mentertawakan kita dengan gaya lakonannya. Orangnya tidaklah cantik tapi hebat dalam memberikan lakonan yang sangat berkesan . Maka, penulis tidak ragu-ragu meletakkannya di tempat pertama mengatasi yang lain-lain.

Terkini: Sedang merancang untuk membintangi drama KBS terbaru dijangka ditayangkan pada September 2019?

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Master’s Sun
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS It’s Okay That’s Love
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Jealousy Incarnate
  • (Menang) Popular Actress – SBS Master’s Sun , SBS Jealousy Incarnate

2. Jun Ji Hyun /Giana Jun

Giana Jun, pelakon yang sememangnya dinanti-nantikan kemunculannya di dalam drama. Siapa sangka You Who Came From The Star , drama pertama beliau sejak lebih 10 tahun tidak berkecimpung telah menitipkan kembali namanya di bibir masyarakat. Gandingan bersama Kim Soo Hyun bukan setakat hubungan kimia tetapi lakonan sengal secara spontan yang ditunjukkannya juga meninggalkan kesan mendalam. Legend of The Blue Sea walaupun tak sehebat You Who Came From The Star tetap juga menyerlahkan ke’diva’an aktres cantik ini dalam mempamerkan lakonan romantik komedi yang menarik.

Terkini: Beliau sedang mempertimbangkan drama terbaru karangan penulis Hong Sisters yang terkenal dengan drama popular seperti SBS My Girl, MBC Greatest Love dan SBS Master’s Sun.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – SBS You Came From The Star
  • (Menang) Popular Actress – SBS You Came From The Star

3. Song Hye Kyo

Jika diukurkan pengalaman berlakon, Song Hye Kyo lebih lama lagi menerajui bidang lakonan drama sejak tahun 2000 lagi, yakni 18 tahun yang lepas dengan KBS Autumn In My Heart . Berbaris resume drama lakonannya tetapi yang menonjol sebagai ratu komedi romantik haruslah drama KBS Full House selaku penulis skrip yang terpaksa menandatangi kontrak perkahwinan dengan pelakon terkenal untuk menutup gosip buruk antara mereka. Lakonan Song Hye Kyo sebagai Han Ji Eun dipuji marhaen menyerlahkan lagi personaliti aktress ini yang selalu membawakan watak-watak sedih sebelumnya. Dua belas tahun kemudian, drama romantik askar-doktor KBS Descendants of The Sun, yakni merupakan gandingannya bersama bakal suami, Song Joong Ki telah berjaya mengubat rindu penonton yang mahu melihatnya kembali sehingga mencetuskan fenomena SongSong berpanjangan di atas keserasian mereka bersama.

Terkini: Tak payah tunggu lama-lama. Song Hye Kyo, dengan watak janda anak satu akan berpacaran dengan pemuda kacak Park Bo Gum di dalam drama terbaru tvN Encounter yang akan ditayangkan dalam tiga minggu saja dari sekarang!

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS That Winter, The Wind Blows
  • (Pencalonan) Popular Actress – KBS Descendants of The Sun

4. Park Shin Hye

Park Shin Hye merupakan pelakon kanak-kanak yang agak berjaya. Memulakan langkah dengan watak sedih dan melodramatik di dalam Stairway to Heaven dan Tree in Heaven, Park Shin Hye perlahan-lahan menangkap perhatian produser drama untuk meletakkan namanya ‘laku’ dalam senarai pelakon drama. Flower Boys Next Doors dan You’re Beautiful sebagai pemula segala bicara, Heirs sebagai jambatan manakala Pinocchio dan Doctors merupakan puncak kejayaan aktress ini. Walaupun selalu dikritik kerana membawa watak yang ‘cliche’ , namun tiada pelakon sebaya dengan usianya ketika ini mampu menandingi populariti Park Shin Hye yang pastinya akan membawa pulangan besar dalam drama romantik komedi lakonannya.

Terkini: Park Shin Hye akan menemui penonton pada Disember 2019 dengan drama romantik tvN berjudul Memories of Alhambra.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Pinocchio
  • (Pencalonan) Popular Actress – SBS Heirs , SBS Pinocchio , SBS Doctors.

5. Seo Hyun Jin

Another Oh Hae Young telah menaikkan aktres ini ke tahap tertinggi sebagai ratu komedi romantik. Kebolehannya melakonkan watak oh hae young yang boleh ubah mood dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza. Kadangkala nampak sewel, kadangkala simpati, kadangkala terlalu gedik, kadangkala nampak ‘kosong’ menjadikan “Oh Hae Young” watak yang sukar dilupakan. Dia tampil sekali lagi dalam Romantic Doctors Teacher Kim yang juga agak berjaya dalam mencatat rating tertinggi pada tahun 2016. Dan terbaru, dengan watak berubah muka dan tubuh di dalam jtbc Beauty Inside yang turut dipuji keserasiannya di samping Lee Min Ki.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – tvN Another Oh Hae Young
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Temperature of Love
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Another Oh Hae Young

6. Park Bo Young

Park Bo Young seperti juga Park Shin Hye memulakan lakonan sejak mereka kecil lagi. Namun yang membezakan mereka, Bo Young lebih menyerlah menerusi perfileman. Filem pertamanya yang mencatat kutipan box office tertinggi pada tahun itu, Speedy Scandal bersama Cha Tae Hyun telah memperkenalkan pelakon kecil-kecil cili padi ini di khalayak ramai. Tidak cukup dengan filem, Park Bo Young menceburkan diri pula dalam area drama di mana taruhannya dalam Oh My Ghost telah berjaya membuka mata produser. Bak kata Park Bo Young, kekerdilannya tidak menjadi penghalang untuk menunjukkan karismanya asalkan masih di dalam kemampuannya sebagai pelakon. Menariknya, kelincahannya dan kecomelannya itu telah menjadikan Strong Woman Do Bong Soon sesuatu yang sukses.

Terkini: Rindu dengan Park Bo Young? Tak lama lagi saja Park Bo Young akan kembali menghiburkan penonton dengan drama terbaru tvN Abyss.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – tvN Oh My Ghost
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Oh My Ghost , jtbc Strong Woman Do Bong Soon

7. Hwang Jung Eum

Hwang Jung Eum seperti juga Gong Hyo Jin aktress senior yang akan menjanjikan kesuksesan drama lakonan mereka. Hwang Jung Eum pula lebih menyerlah dengan lakonan melodramatik terutamanya menerusi Can You Hear My Heart dan Secret Love. Kendatipun begitu, Kill Me Heal Me dan She Was Pretty telah mengubah persepsi bahawasanya aktress ini juga mampu membawa watak romantik komedi dengan kelakuan gila-gila yang sukar dibayangkan. Dengan imej parodi dan prop rambut gerbang kerinting sebagai ‘Jackson’ dalam She Was Pretty, Hwang Jung Eum melangkaui apa yang tiada pada aktress sebaya dengannya. Tahun 2017-2018 mungkin bukan tempoh karier yang baik, tapi Hwang Jung Eum masih belum selesai persembahkan lakonan mengujakan buat penonton drama korea!

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Actress – KBS Secret Love
  • (Pencalonan) Best Actress – MBC She Was Pretty
  • (Pencalonan) Popular Actress – KBS Secret Love
  • (Menang) Popular Actress – MBC Kill Me Heal Me &  MBC She Was Pretty

8. Ra Mi Ran

Tidaklah menyedari bagaimana Ra Miran mula muncul dalam industri, tetapi beliau tersangat menyerlah sebagai pelakon pembantu sehingga kadang-kala “mencuri” perhatian penonton filem mahupun drama. Dengan lakonan sebagai mak cik yang kuat berleter di dalam Reply 1988 hampir mirip lakonan acik Kungfu Hustle, sekurang-kurangnya penulis pastinya terbahak-bahak memperhatikan gelagatnya. Dalam beberapa drama siri seterusnya terutamanya KBS Miracle That We Meet terus tidak putus-putus kita dengan telatahnya. Mungkin ada berpendapatan agak tidak sesuai meletakkannya dalam senarai ratu romantik komedi, tetapi pelakon veteran juga harus mempunyai cinta hatinya terhadap orang yang sebaya dengannya. Janji dia mentertawakan kita.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Menang) Best Supporting Actress – tvN Reply 1988
  • (Menang) Popular Ahjumma – tvN Reply 1988
  • (Pencalonan) Popular Ahjumma – tvN Avengers Social Club

9. Kim Go Eun

Sebelum menceburi dunia lakonan drama, Kim Go Eun terlebih dahulu membintangi filem-filem indie. Keputusan diambil membintangi drama tvN Cheese In The Trap telah mengubah landskap hidupnya setelah berjaya menampilkan lakonan betul-betul mirip dengan gambaran webtoon tersebut.  Apabila menerima tawaran besar daripada penulis skrip popular, Kim Eun Sook untuk drama tvN Goblin, Kim Go Eun terus bersetuju. Hasilnya, lakonan komedi dengan nada romantik oleh Kim Go Eun sebagai remaja perempuan yang tergedik-gedik mencari kebahagian telah mencipta fenomena yang hebat membuatkan penonton tersangat teruja melihat gandingannya bersama goblin tersohor, Gong Yoo. Tahun 2019 mendatang belum ada lagi karier drama untuknya.

  • (Menang) Popular Rookie Actress – tvN Cheese In The Trap
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Goblin

10. Lee Bo Young

Lakonan isteri kepada Ji Sung ini di dalam SBS I Can Hear Your Voice telah membuatkan penulis tertarik padanya. Lee Bo Young berjaya menghasilkan kimia agak berkesan dengan hero yang muda lebih sepuluh tahun daripadanya iaitu Lee Jong Suk. Telatahnya sebagai peguam bela sesuatu yang tidak mudah dilupakan. Namun, aktress ini mencabar versaliti lakonannya ke arah watak yang penuh emosi dan suspens terutamanya dalam SBS God Gift 14 Days, SBS Whisper dan tvN Mother.

Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:

  • (Pencalonan) Best Actress – SBS God Gift 14 Days

UNDIAN 7th CARI Kdrama Awards telah dibuka untuk mencalonkan drama dan pelakon kegemaran anda. Sila ke sini untuk lebih lanjut.

Siapa yang korang akan pilih?

[crowdsignal poll=10157617]

loading...