Dalam status dimuatkan oleh Halal Korea tengah hari tadi mengingatkan pengunjung beragama Islam ke Korea untuk sentiasa berwaspada terhadap sesetengah gerai makanan yang menggunakan logo JAKIM Malaysia sebagai penarik. Gerai yang dimaksudkan itu dikesan berada di sekitar laluan pejalan kaki di Myeongdong dan dikatakan menggunakan pekerja yang bertudung.
Komuniti Muslim Korea sentiasa mengingatkan pengunjung-pengunjung Islam untuk mengambil tahu juga tentang restoren berstatus halal yang diperakui saja kerana sesetengah pengusaha restoren ini tak mengamalkan tatacara penyediaan makanan Muslim yang betul-betul berstatus halal. Seperti diakui oleh mereka di dalam temuduga bersama Korea Herald, dilema dihadapi mereka ialah pengusaha ini hanya jelas tak perlu menggunakan babi dan arak dalam penyediaan makanan saja tetapi sebenarnya tukang masak tidak boleh menggunakan pisau yang sama, penyimpanan yang sama, papan pemotong yang sama atau peralatan lain semasa menyediakan makanan halal dan juga haram.
Dikhuatiri pengusaha gerai makanan yang menggunakan logo JAKIM ini sengaja mengaburi pengunjung Islam dengan penyediaan ‘Rice Cake’ berstatus halal, padahal minyak yang digunakan mungkin mengandungi lemak babi. Pengguna yang bijak akan menanya dulu kandungan yang digunakan dalam masakan baik daging babi (dwaeji gogi) , lemak babi (ladeu) , arak (podeju , soju) , mahupun daging ayam atau lembu yang tak disembelih mengikut hukum Islam.
Apapun, sentiasa berwaspada ke mana saja anda pergi!
Sumber: Halal Korea